ARKIB :
02/02/2011
Oleh SITI
AINIZA KAMSARI
AKHIRNYA
kepala Abu Jahal berjaya dipenggal oleh Abdullah bin Mas'ud dalam Perang Badar,
sekali gus membawakan kemenangan kepada tentera Islam apabila ketua tentera
kafir Quraisy berjaya dibunuh.
Namun Abu
Jahal atau nama sebenarnya Amr bin Hisham atau dikenali juga sebagai Abu Al
Hakam akan sentiasa menjadi satu figura yang melambangkan kejahatan seorang
manusia tidak sahaja dalam soal agama malah terutama sekali soal akhlak.
Terkenal
dengan sikap sombong dan bongkak, Abu Jahal suatu gelaran yang diberikan kerana
jahil dalam agama (Bapa kepada segala kejahilan).
Namun
kejahilan Abu Jahal di sini bukan bermakna beliau seorang yang bodoh, dungu
atau buta mengenai Islam. Dia tahu bahawa agama itu agama yang benar.
Tinggal lagi
hanya kerana tidak mahu kehilangan kedudukan, pangkat, nama dan pengaruh
apabila mendapati Nabi Muhammad yang diutus untuk membawa dan menyebarkan Islam
itu, yang jauh lebih muda daripada Abu Jahal, dikatakan cuba merampas semua itu
daripadanya.
Kerana itu
juga beliau dikenali sebagai Abu Al Hakam, bermaksud seorang yang bijaksana dan
mengetahui segala serba serbi yang memberikan beliau satu kedudukan yang cukup
lumayan, tinggi dan hebat oleh masyarakat Arab Quraisy.
Tetapi bila
hadirnya Nabi Muhammad, mengapa tidak dia sahaja dipilih sebagai Rasul yang
dikatakan lebih mulia, lebih bangsawan dan mempunyai kedudukan. mengapa
Muhammad? Mengapa tidak Abu Jahal?
Lalu perasaan
hasad seperti itu menyebabkan Abu Jahal cukup dengki terhadap baginda
Rasulullah.
Maka tidak
henti-henti dia menyakiti baginda, malah seluruh para pengikut baginda dan
pantang sekali sesiapa yang menyebut mengenai Islam di hadapannya.
(Begitu pun
dikatakan Nabi Muhammad sendiri tidak pernah berputus asa untuk menyeru dakwah
kepada Abu Jahal. malah dikatakan baginda pernah menjadi tetamu Abu Jahal
sebanyak 70 kali semata-mata tujuan dakwah dan berbaik sesama manusia).
Namun Abu
Jahal walaupun pernah ditakutkan dengan kehadiran unta sebesar raksasa ketika
hendak membunuh Rasulullah, tidak pernah mengenal erti serik untuk terus
menyakiti Nabi Muhammad dan umat Islam di Mekah.
Bahkan apabila
Nabi Muhammad terpaksa meninggalkan Kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah, Abu
Jahal adalah manusia yang paling gembira sekali.
Seolah-olah
dia telah mencapai kemenangan besar kerana berjaya mengusir musuh ketatnya
keluar dari Mekah.
Sehingga kini
nama Abu Jahal tetap relevan untuk diguna pakai.
Sedangkan Abu
Jahal itu seorang yang kafir dan masyarakat Melayu yang sudah tentunya beragama
Islam tetapi pada hari ini jika berperangai tidak ubahnya seperti Abu Jahal
pasti akan dilemparkan kata-kata: "Jahat atau degil macam Abu Jahal!"
Jahatnya Abu
Jahal itu telah menyebabkan Allah menunjukkan kekuasan-Nya di hadapan Abu Jahal
itu sendiri agar dia sedar. Namun tetap jugalah dia degil pada tahap yang
melampau-lampau.
Ini apabila
kita mengambil iktibar daripada kisah hamba sahaya milik Abu Jahal sendiri,
iaitu seorang hamba perempuan yang bernama Zunairah yang memeluk Islam. Dia
cuba menyembunyikan pengislamannya itu daripada pengetahuan majikannya. Ini
kerana jika diketahui Abu Jahal, pasti maut yang akan menunggu.
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5dRNfOmOC
© Utusan
Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment