Ad

Saturday 12 January 2019

Malaysia dalam kumpulan maut


ARKIB : 16/09/2010
Malaysia dalam kumpulan maut
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR – Yang cuba dielak dan dikhuatiri, akhirnya menjadi realiti semalam, apabila Malaysia diundi dalam ‘kumpulan maut’ Piala Suzuki AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN), Disember ini dengan naib juara 2008, Thailand; Indonesia dan juara pusingan kelayakan.

Dengan keselamatan bakal menjadi isu utama, ekoran gerakan anti-Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), anak buah K. Rajagobal terpaksa mengharunginya, memandangkan Indonesia sudah ditetapkan sebagai tuan rumah Kumpulan A.

Ribuan penyokong fanatik Merah Putih juga bakal menanti mereka di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Jalak Harupat, Bandung manakala juara bertahan, Vietnam akan menjadi tuan rumah Kumpulan B di Stadium My Dinh dan Hang Day, Hanoi.

Menentang anak buah Henrique Calisto dalam kumpulan ini ialah juara 2006-07, Singapura, Myanmar dan naib juara pusingan kelayakan, bulan depan yang bakal disaingi antara Laos, Kemboja, Filipina dan Timor Leste.

Rajagobal yang berada pada majlis undian di Hotel Sheraton, Hanoi itu, berkata: “Kami menghormati semua pasukan dan lumrahnya, tiada yang mudah dalam bola sepak. Kami akan hadapi satu persatu lawan tanpa gentar,’’.

Edisi 2008 menyaksikan Malaysia yang dibimbing B. Sathianathan terkandas di peringkat Kumpulan B di Phuket. Pencapaian terbaik kita ialah bergelar naib juara ketika kejohanan itu dikenali Piala Tiger di Singapura pada 1996.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5cOIr9G33
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment