Ad

Wednesday, 16 January 2019

Siapa terbaik dia akan kekal - Hodak

SERAMAI 28 pemain skuad B-19 negara menjalani latihan pada hari pertama di Wisma FAM, hari ini. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ
15 Januari 2019 8:58 PM

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Jurulatih skuad Bawah 19 (B-19) negara, Bojan Hodak menegaskan dia akan menggunakan pendekatan pemain yang terbaik sahaja dikekalkan dalam misi menghadapi kejohanan Piala AFF B-19 dan kelayakan Kejuaraan AFC B-19 2020 yang akan berlangsung pada Julai dan September ini.

Skuad B-19 negara memulakan latihan pertama mereka hari ini dan seramai 28 pemain telah dipanggil bagaimanapun Hodak berkata berdasarkan senarai penuh seramai 56 pemain telah didaftarkan jadi dia perlu memilih yang berkualiti sahaja untuk dikekalkan.


“Pemain yang saya panggil kali ini merupakan generasi baharu kerana hanya empat atau lima pemain sahaja dari skuad tahun lalu. Saya perlu mencari pemain yang bagus kerana rata-rata yang dipanggil jarang beraksi dalam Piala Belia.

“Ini merupakan minggu pertama, minggu depan saya akan menukar dengan pemain lain kerana kami mendaftarkan 56 pemain jadi saya perlu memastikan pemain yang bagus untuk dikekalkan dalam program ini.

“Pemain yang dipanggil perlu memberikan aksi terbaik sebab saya tidak kira usia mereka. Pemain mana yang bagus dia akan diserapkan walaupun usia masih muda. Jika mereka muda tetapi tidak kuat secara fizikal mereka perlu menggunakan teknik yang betul selain menggunakan kepantasan yang ada untuk terus kekal dalam pasukan,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM hari ini. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/siapa-terbaik-dia-akan-kekal-hodak-1.823060#ixzz5covyIyGf
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment