ARKIB : 22/12/2010
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
MIMPI Atikah yang merupakan ibu
saudara Nabi Muhammad seolah-olah memberi petanda akan ada musibah buruk
menimpa Mekah atau lebih tepat lagi, golongan kafir Quraisy.
Pada mulanya Atikah hanya
menceritakan kepada saudaranya, Abbas mengenai mimpi itu dan meminta agar kisah
mimpinya itu dirahsiakan. Tetapi apabila Abbas memberitahu kepada sahabat baiknya,
Walid Utbah, tanpa Abbas menyangka akhirnya kisah mengenai mimpi ngeri itu
tersebar luas ke seluruh Mekah.
Lalu Abu Jahal, musuh ketat umat
Islam terus bertanyakan kepada Abbas mengenai mimpi saudara perempuannya itu.
Abbas yang tidak tahu menahu cerita
mimpi itu telah tersebar, berasa pelik dengan kata-kata Abu Jahal.
"Apa yang telah berlaku
sebenarnya Wahai Abu Jahal? Apa maksud kamu ada perempuan di kalangan keluarga
Abdul Mutallib hendak menjadi nabi pula," tanya Abbas.
Abu Jahal pun berterus terang:
"Mimpi Atikah!"
"Mimpi apa," tanya
Abbas yang sebenarnya terpaksa menafikan mengenai mimpi itu kerana bimbang apa
yang dimimpikan oleh Atikah itu dikhuatiri akan benar-benar terjadi.
Namun Abu Jahal tetap bimbang
mengenai mimpi itu terus mencabar Abbas sebagai wakil kepada Suku Abdul
Mutalib.
"Kalau tidak berlaku apa-apa
dalam tempoh tiga hari mulai dari hari ini, kami akan membuat satu kenyataan
bertulis supaya semua orang tahu bahawa Suku Abdul Mutalib adalah suku yang
paling suka menipu di kalangan orang Arab," cabar Abu Jahal.
Apabila berita mengenai cabaran
ini sampai kepada keluarganya, Abbas menjadi mangsa apabila ahli-ahli keluarga
itu begitu marah kerana membiarkan Abu Jahal mempersenda-sendakan suku Abdul
Mutalib, yang begitu terkenal sebagai suku bangsawan dan sangat disegani oleh
pihak lawan dan kawan.
Abbas yang berasa kesal atas
kejadian itu lalu berazam selepas tiga hari andai Abu Jahal hendak
memperkecilkan lagi Suku Abdul Mutalib dia akan bertindak kasar terhadap Abu
Jahal.
Namun persoalannya, benarkah
mimpi Atikah itu benar-benar memberikan alamat buruk kepada mereka yang
memusuhi Islam dan akan berlaku satu peristiwa besar membabitkan kedua-dua
belah pihak?
Mimpi itu, sama ada secara
kebetulan mahupun tidak, dianggap sebagai satu petanda atau alamat yang sangat
besar kerana yang berlaku selepas itu adalah Perang Badar, antara musuh kafir
Quraisy dengan umat Islam yang sangat signifikan dalam sejarah dan
pengajarannya kepada seluruh umat manusia.
Namun sebelum itu, perang
tersebut tidak akan mudah meletus kecuali dengan melalui arahan atau perintah
yang tegas daripada Allah sendiri.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5d9MvBjUK
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment