ARKIB :
08/03/2011
HARUN adalah
abang kandung Nabi Musa. Kisahnya dalam al-Quran selalu disebut bersama dengan
kisah adiknya itu. Baginda mendampingi Nabi Musa menemui Firaun untuk meminta
agar Firaun melepaskan Bani Israil daripada perhambaan.
Mereka
menyampaikan wahyu daripada Allah kepada raja Mesir itu dan mengingatkannya
serta meluruskan jalan hidupnya yang melampaui batas (tidak rela melepaskan
Bani Israel daripada perhambaan) serta menyimpang daripada ajaran Allah SWT.
Dengan lemah
lembut, Musa dan Harun menghadapi keangkuhan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan.
Akhirnya, Musa dan Harun berjaya membawa keluar Bani Israil dari Mesir.
Ketika sampai
di sekitar Gunung Sinai, Nabi Musa meninggalkan Bani Israel selama 40 hari
untuk menemui Tuhan di puncak Gunung Sinai.
Harun
ditugaskan menjaga kaumnya. Baginda sempat mengingatkan mereka agar tidak
menyembah berhala lagi.
Ketika Musa
masih berada di Gunung Sinai, Harun mendatanginya.
Setelah
mendapatkan tugas dan perintah daripada Allah SWT, kedua-duanya segera
berangkat ke Mesir. Dengan ketabahan dan keteguhan iman, mereka menemui Firaun
di istananya.
Dalam
pertemuan itu, Nabi Musa menyampaikan wahyu Allah SWT kepada Firaun dan meminta
agar Firaun membebaskan Bani Israel daripada perhambaan.
Harun memiliki
kemampuan berbahasa lebih fasih daripada adiknya. Oleh hal demikian itu, Musa
memohon kepada Allah SWT agar mengutuskan Harun mendampinginya menemui Firaun.
Permohonan itu bermaksud untuk membenarkan kata-kata yang disampaikan Musa,
kerana baginda khuatir Firaun tidak mahu menerima kata-katanya.
Harun diangkat
oleh Allah SWT menjadi nabi dan rasul untuk membantu tugas kerasulan Nabi Musa
a.s.
Ketika hendak
mendatangi Firaun, mereka diperintahkan oleh Allah agar mengaku sebagai utusan
Allah kepada Firaun. Mereka menghadap Firaun dengan membekalkan bukti-bukti
kerasulan mereka daripada Allah.
Bani Israel
menyembah patung lembu yang diperbuat daripada emas dan melupakan Tuhan ketika
Musa berada di puncak Gunung Sinai untuk bertemu Tuhan. Harun tidak berdaya
menggalas tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Nabi Musa.
Ketika hendak
menerima wahyu Allah SWT di Gunung Sinai, Harun diserahkan untuk memikul amanah
oleh Musa untuk memimpin Bani Israel. Selama ditinggalkan oleh Musa, kaumnya
membuat kekacauan.
Dalam suasana
itu, muncul Samiri yang mengaku layak menjadi pemimpin Bani Israil. Dia membuat
patung anak lembu emas sebagai sembahan. Melihat kaumnya yang kufur itu, Harun
berusaha mengingatkan akan kesesatan mereka. Baginda berusaha menghentikan
kekufuran kaumnya, namun hati mereka benar-benar keras.
Setelah pulang
dari Gunung Sinai, Musa marah kepada kaumnya dan menegur abangnya, Harun.
Oleh sebab
berasa marah dan sedih, seperti dikisahkan di dalam al-Quran, Musa melemparkan
'loh-loh' (Taurat) yang baru diterimanya daripada Allah dan memegang rambut
Harun, sambil menariknya ke arahnya.
Sesudah
amarahnya reda, barulah diambilnya kembali 'loh-loh' (taurat) itu, kerana di
dalam tulisan Taurat itu terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang
takut kepadanya.
Nabi Harun a.s
wafat terlebih dulu daripada Nabi Musa a.s dan dimakamkan oleh Nabi Musa a.s di
Bukit Hur (Jabal Harun) di Semenanjung Sinai.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz5dp0i7Geg
© Utusan
Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment