ARKIB :
07/01/2011
NABI Hud
menggunakan pelbagai cara untuk berdakwah kepada kaumnya. Antara cara yang
digunakan ialah berdialog. Nabi Hud selalu mengajak kaum 'Ad untuk berdialog
kerana baginda boleh membuat andaian dan penyampaian secara terus kepada
mereka.
Tujuan Nabi
Hud berdialog juga adalah mendorong mereka ke jalan yang benar dengan
menyebutkan segala nikmat yang diberikan Allah selama ini.
"Apakah
kamu berasa hairan apabila timbul nasihat dan peringatan daripada Tuhanmu yang
disampaikan oleh seseorang daripada kaummu? Orang itu memperingatkan kamu
tentang akibat buruk yang disebabkan oleh kesesatan-kesesatan yang kamu
lakukan?
"Apakah
kamu semua tidak terasa dan lupa sama sekali bahawa Allah menjadikan kalian
pewaris-pewaris dunia ini selepas kaum Nuh yang dimusnahkan oleh Allah? Allah
telah memberikan kelebihan, kekuatan dan kekuasaan kamu kepada mereka.
"Itu
semua adalah nikmat yang Allah berikan kepada kamu supaya kamu beriman dan
bersyukur. Namun begitu, kamu tetap tidak mahu bersyukur dan bersikap sombong
diri".
Mereka masih
ragu-ragu untuk menerima dakwah Nabi Hud. Mereka berasa berat hati untuk
menerima perubahan dalam kehidupan dan agama.
Kemudian
mereka berkata, "Wahai Hud, engkau belum mengemukakan hujah yang terang
kepada kami, bagaimana kami mahu beriman denganmu? Kami sekali-kali tidak akan
meninggalkan penyembahan kepada tuhan-tuhan kami. Kami juga tidak akan mengikut
ajaran kamu itu. Kami tahu tuhan kami telah menimpakan penyakit gila ke
atasmu."
Kata-kata
mereka telah disangkal oleh Nabi Hud. Kata baginda, "Aku bersaksi kepada
Allah tentang kebenaran ucapanku. Dan sesungguhnya aku bebas daripada
kemusyrikan yang kamu amalkan." Kaum 'Ad tetap berdegil dan tidak mahu
menurut kata-kata Nabi Hud.
"Kamu
semua pasti akan menerima azab Allah. Tunggulah azab Allah itu nanti,"
kata Nabi Hud lagi.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz5dKr1JxwL
© Utusan
Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment