Ad

Friday 11 January 2019

FAM boleh beri Akhyar SPN


10 Januari 2019 3:00 AM
AKHYAR masih belum mendapat SPN daripada Kedah namun FAM mempunyai
AKHYAR masih belum mendapat SPN daripada Kedah namun FAM mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sijil perpindahan sementara bagi membolehkannya beraksi bersama JDT.

PEMAIN muda kontroversi, Muhammad Akhyar Rasyid tidak mempunyai masalah untuk beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan musim ini walaupun tidak mendapat Sijil Perpindahan Negeri (SPN) daripada bekas pasukannya, Kedah.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam memandangkan badan induk bola sepak negara itu turut mempunyai hak untuk menge­luarkan SPN sementara kepada Akhyar.


Namun, Stuart mengakui enggan terburu-buru kerana mahu berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memudahkan proses SPN itu dikeluarkan.

“Sememangnya FAM ada kuasa untuk mengeluarkan SPN sementara mengikut proses dan tempoh tertentu tetapi buat masa ini kami tidak mahu melangkaui kuasa KFA kerana ketika ini SPN adalah hak mereka.

“FAM sudah menghubu­ngi KFA untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung jalan penyelesaian terbaik mengenai isu SPN ini kerana kami tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pengurusan pasukan Helang Merah sebelum ini tidak me­restui penghijrahan Akhyar ke JDT meskipun FAM memberi lampu hijau kepada pemain ber­usia 19 tahun itu untuk menebus kontraknya pada Disember lepas.

Susulan itu, status Akhyar menjadi persoalan kerana JDT memerlukan SPN untuk mendaftarkannya sebagai pemain memandangkan saingan Liga Malaysia akan bermula secara rasmi pada 1 Februari nanti.

Sebagai rekod, pemain skuad Harimau Malaya itu telah dibenarkan oleh FAM untuk me­nebus kontraknya yang bernilai RM210,000 selain pasukan baharunya perlu membayar pampasan sebanyak RM75,000.

Namun, KFA berhasrat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan selepas mendakwa keputusan yang dilakukan oleh FAM sebagai berat sebelah.
SUMBER=KOSMO ONLINE 11.1.19

No comments:

Post a Comment