Ad

Tuesday 8 January 2019

Harap Piya tak hilang fokus!

MyMetroArena
Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berharap perancang tengah, Mohd Badhri Radzi tidak hilang fokus walaupun terbabit dengan isu tuntutan tunggakan gaji bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Isu tunggakan gaji Piya bersama KAFA kini semakin hangat selepas pemain berusia 36 tahun itu membuat tuntutan terhadap persatuan itu membabitkan musim 2015, 2016 dan 2018.

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, pihaknya tidak boleh mencampuri urusan tuntutan tunggakan gaji Mohd Badhri atau Piya dengan KAFA.

“Berkenaan (isu tuntutan tunggakan gaji) Piya dengan Kelantan saya tidak boleh komen, cuma kita mengharapkan dia fokus kepada misi Perlis untuk mengharungi musim 2019.

“Setakat ini kami berpuas hati dengan persembahan dia bersama Perlis, tapi mungkin masih perlu perbaiki daripada aspek kecergasan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan Pengarah Bola Sepak Perlis, Matt Holland di sini, hari ini.

Sukan NSTP semalam melaporkan Piya membuat tuntutan itu terhadap KAFA melalui Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan jumlah keseluruhan masih dirahsiakan.

Bagaimanapun, jumlah itu mungkin melebihi RM200,000 selepas bagi musim 2018 sahaja tunggakan gaji Piya bersama KAFA lebih RM150,000.

Piya menyertai Perlis bulan lalu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan dengan beberapa pemain berpengalaman termasuk Safee Sali turut memperkuatkan skuad Singa Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 January 2019 @ 4:26 PM

7.1.18
Akhyar boleh beraksi tapi...
MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Hasrat Akhyar Rashid untuk beraksi buat kali pertama dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini mungkin terbantut sekiranya dia masih belum mendapat sijil perpindahan negeri daripada bekas majikannya.

Menurut peguam undang-undang sukan Zhafri Aminurashid, JDT perlu mendapatkan sijil itu daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk membolehkan bintang berusia 19 tahun itu beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Juara Liga Super itu dijadual berdepan Perak pada aksi Piala Sumbangsih pada 1 Februari depan.

Bagaimanapun, sekiranya KFA berdegil enggan menyerahkan sijil, Harimau Selatan masih boleh memohon kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengeluarkan sijil sementara sebelum kesnya diputus oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

KFA bercadang mengheret isu Akhyar ke CAS di Lausanne, Switzerland selepas persatuan itu tidak berpuas hati dengan keputusan FAM membenarkan Akhyar menebus kontraknya dengan bayaran RM210,000 dan wang pampasan RM75,000.

“Jika KFA tak lepaskan, JDT boleh mohon kepada FAM. Jika FAM mendapati tiada apa-apa pelanggaran kontrak berlaku, FAM boleh keluarkan sijil perpindahan itu.

“Lagipun, Jawatankuasa Status FAM sudah membenarkan Akhyar untuk menebus kontrak. Jadi FAM boleh berikan sijil Akhyar kepada JDT selaras dengan keputusan mereka sebelum ini,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Terdahulu, Akhyar mula menyertai latihan buat kali pertama bersama pasukan juara Liga Super lima kali, JDT sejak kelmarin.

Dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, penyerang muda terbaik kebangsaan itu kelihatan penuh bersemangat di sebalik kemelut antara JDT dan bekas pasukannya Kedah.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 4:22 PM



Tahun 2019
Akhyar akhirnya muncul
AKHYAR RASHID menjalani latihan bersama JDT. - FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
06 Januari 2019 1:18 AM

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Selepas beberapa minggu diselubungi kontroversi, Akhyar Rashid akhirnya membuat penampilan pertama dalam sesi latihan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), sambil meninggalkan pesanan buat pasukan lamanya, Kedah.

Beberapa jam selepas JDT memuat naik gambar penyerang berusia 19 tahun itu menjalani latihan dalam Facebook, JOHOR Southern Tiger, Akhyar pula menulis rasa penghargaannya kepada Lang Merah dalam Instagram.


“Terima kasih Kedah atas segala-galanya! Semoga berjaya dan cemerlang pada tahun 2019! Terima kasih juga untuk penyokong tegar Hijau Kuning yang banyak menyokong saya selama ini. #PulunKedahPulun," tulisnya.

Dengan disaksikan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Akhyar kelihatan penuh bersemangat menjalani latihan bersama juara Liga Super lima kali berturut-turut itu biarpun kemelutnya bersama Kedah belum berakhir.

JOHOR Southern Tigers turut memuat naik klip video berdurasi satu minit yang menimbulkan kemarahan penyokong Kedah hingga menghambur komen negatif. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/akhyar-akhirnya-muncul-1.816772#ixzz5bqHKC0Yo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Akhyar berlatih dengan JDT
MyMetroArena
Farah Azharie
farahazharie@nst.com.my

KUALA LUMPUR : Bintang muda kontroversi Akhyar Rashid menyertai latihan buat kali pertama bersama pasukan juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak semalam.

Dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemain berusia 19 tahun yang dinobat sebagai penyerang muda terbaik pada anugerah bola sepak kebangsaan bulan lalu, kelihatan penuh bersemangat di sebalik kemelut antara JDT dan bekas pasukannya Kedah.

Album gambar dan klip video satu minit yang dipapar di laman Facebook Johor Southern Tigers menimbulkan kemarahan penyokong Kedah yang menghambur komen negatif.

Bagaimanapun, di sebalik komen negatif penyokong Helang Merah, ramai penyokong Harimau Selatan tampil mempertahankannya dengan menyatakan dia membuat keputusan tepat demi masa depannya.

Awal hari ini, Akhyar turut dilihat berlatih di samping rakan sepasukan termasuk rakan skuad kebangsaan pada Piala AFF, Aidil Zafuan Radzak dan Safawi Rasid.

Sementara itu, perbalahan antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dengan JDT menyaksikan pasukan utara itu sudah mengumpul RM5,074 hingga semalam dengan harapan meraih sekurang-kurangnya RM100,000 bagi membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland.

Mereka mendakwa JDT menggunakan ‘pintu belakang’ untuk mendapatkan khidmat Akhyar, pemain sayap muda berbakat besar.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 9:43 PM


No comments:

Post a Comment