GAMBAR menunjukkan bot yang
dinaiki Albarengo yang terdampar di Kepulauan Ebon Atoll pada 30 Januari lalu.-
AGENSI
MAJURO, Kepulauan Marshall -
Beberapa keping gambar menunjukkan sebuah bot yang dinaiki seorang nelayan,
Jose Salvador Albarengo yang hanyut selama 14 bulan di lautan Pasifik rosak
teruk dan berlumut, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Beberapa pegawai memberitahu,
bot gentian kaca berkenaan sudah rosak dan dipenuhi teritip serta lumut sekali
gus menunjukkan ia berada di dalam air laut untuk jangka masa yang lama.
Turut berada di atas bot
berkenaan sebuah kotak berwarna biru yang digunakan Albarengo, 37, untuk
berlindung dari panas matahari tetapi tiada peralatan menangkap ikan ditemui.
Botnya sepanjang 7.3 meter
tersebut hanyut sejauh 12,874 kilometer dari Mexico.
Dia yang berasal dari El
Salvador hanyut selama 14 bulan sebelum dia dijumpai terdampar oleh dua orang
penduduk tempatan di Kepulauan Ebon Atoll dekat Kepulauan Marshall pada 30
Januari lalu.
Ketika ditemui, wajahnya
berjambang, bermisai dan badannya kurus.
Dia yang mendakwa hanyut
selepas enjin botnya rosak sebelum ditiup angin dan hilang arah kemudian
dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.
Albarengo yang kini menetap di
sebuah hotel di Majuro mengejutkan para pegawai semalam apabila dia meminta untuk
bersiar-siar di tepi pantai kerana terlalu bosan tinggal di dalam bilik.
Ibu dan bapanya bersyukur
kepada Tuhan selepas pihak media menyiarkan kisah anaknya mereka yang berumur
37 tahun itu masih hidup.
Menurut Albarengo, seorang
rakan nelayannya yang berusia di antara 15 hingga 18 tahun telah meninggal
dunia sebulan selepas dia menempuh pelayaran yang gentir itu.
Dia turut memotong rambut dan
mencukur jambangnya di sebuah kedai gunting di sini baru-baru ini. - Agensi
KOSMO ONLINE 6.2.14
No comments:
Post a Comment