Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
KADAR tol di semua lebuh raya
tidak akan dinaikkan pada tahun ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan memberi
jaminan tidak akan menaikkan kadar tol di seluruh negara bagi tahun ini, namun
terpaksa membayar pampasan lebih RM400 juta kepada 29 syarikat konsesi bagi
menampung kos berkaitan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar tol itu melibatkan beberapa syarikat
konsesi di Lembah Klang kecuali pihak Projek Lebuh Raya Utara-Selatan yang
mengumumkan tidak menaikkan kadar tol mereka.
Katanya, pampasan itu adalah
untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar
tol pada tahun ini.
KOSMO ONLINE 6.2.14
No comments:
Post a Comment