Ad

Wednesday, 30 September 2015

JDT berdepan laluan sukar ke final

RABU, 30 SEPTEMBER 2015 @ 9:56 AM

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan laluan sukar layak ke final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 selepas tumpas 1-3 kepada Al-Qadsia SC dari Kuwait pada aksi separuh akhir pertama, awal pagi tadi waktu Malaysia. 

Juara bertahan itu mendahului juara Liga Super itu, 2-0 di separuh masa pertama pada saingan berlangsung di Stadium Kelab Sukan Kuwait. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu pada 20 Oktober ini.

Pada perlawanan disiarkan secara langsung itu, Qadsia membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Fuakuputu Doris Salomo yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut rakan sepasukan. Pasukan tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Bader Al Almotawaa selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
 
PEMAIN JDT, Safee Sali (dua dari kiri) diasak oleh pemain Al-Qadsia SC pada aksi separuh akhir pertama Piala AFC di Stadium Kelab Sukan Kuwait, awal pagi tadi. - Foto ihsan FB Johor Southern Tigers Bersambung separuh masa kedua, Qadsia meneruskan asakan ke kubu JDT dan mereka berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-57 menerusi percubaan luar kotak penalti pemain import dari Guinea, Seydouba Soumah. Skuad Harimau Selatan berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-82 menerusi pemain gantian, Mohd Amri Yahyah yang memanfaatkan hantaran daripada Leandro Velazquez. Keputusan 3-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat oleh pengadil, Ko Hyung Jin dari Korea Selatan.

PEMAIN QADSIA SC: Ahmed Alfadhli, Dhary Saeed, Khaled Ebrahim Hajiah, Rashid Sumaila, Sultan Alenezi, Fahed Al Ebrahim, Bader Al Almotawaa (kapten), Seydouba Soumah, Abdulaziz Alenezi (Ahmad Aldhefiri), Faisal Abdullah, Fuakuputu Doris Salomo (Ahmad J A H Zanki).

JDT: Izham Tarmizi Roslan, Marcos Antonio, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunalan, Muhammad Fazly Mazlan, Safiq Rahim (kapten), Gary Steven Robbat (Mohd Amri Yahyah), Hariss Harun (Amirulhadi Zainal), Mahalli Jasuli, Leandro Velazquez, Safee Sali. Pengadil: Ko Hyung Jin (Korea Selatan) - BERNAMA

NATO

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Nato
Pada Februari 1947, perjanjian damai antara Blok Barat dengan Itali, Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland ditandatangani Tujuan perjanjian damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan yang tercetus akibat Perang Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama terakhir melibatkan Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.

      Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian Atlantik  Utara (North AtlanticTreaty Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11 buah negara Barat lain menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan anti-Rusia. Ibu pejabat NATO terletak di Paris. NATO memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan dalam pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang menggotai NATO termasuklah Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway, Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan Turki. Jerman menyertai NATO pada tahun 1955.[1]

Matlamat utama NATO ditubuhkan adalah;
1.Meyujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajuai oleh Soviet Union. Tambahan pula, negara-negara Eropah Timur yang prokomunis sudah menambah kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Jadi, rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu dikawal di peringkat awal lagi.[2]  
2.Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
Matlamat penubuhan NATO juga ialah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
3.Membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
Faktor utama penubuhan NATO adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.[3]
4.Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
5.Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
NATO ditubuhkan bagi Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB samada dari sudut ketenteraan mahupun dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.[4]



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),437.    
[2] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),327.   
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  ,437.
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),326.    

Tuesday, 29 September 2015

KEPUTUSAN MASA PERTAMA KEDAH 1-2 JDT II


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah                                   1-2  JDT II
m-37 Sandro Da Silva        m-14 Sahril Ishak

                                           m-45 Baihaki Kaizan

Safee kembali sarung jersi Harimau Malaya

Oleh Aziman Rosdi-aziman@hmetro.com.my 
Kuala Lumpur: Penyerang berpengalaman Mohd Safee Sali kembali mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya selepas pengendali sementara Datuk Ong Kim Swee percaya pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu mampu membantu bahagian serangan bagi dua aksi antarabangsa bulan depan.

Safee, 33, antara 23 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula Ahad ini bagi persiapan aksi persahabatan antarabangsa bertemu Laos di Stadium Thai Army, Bangkok, Thailand pada 8 Oktober dan perlawanan kelima Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Stadium Perbandaran Dili, Dili pada 13 Oktober.
Daripada senarai pemain ketika Kim Swee mengambil alih pasukan bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lalu selepas Dollah Salleh meletak jawatan, seramai 15 pemain dikekalkan.
Baki lapan lagi pemain membabitkan pemain pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi yang dipanggil semula selepas diketepikan ketika aksi bertemu Arab Saudi akibat kecederaan serta penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Aidil Zafuan Abd Radzak, Safee (Johor DT), Shahrul Saad, Christie Jayaseelan (FELDA United), Hafiz Kamal (Pahang) dan Ismail Faruqi Ashari (Terengganu).
Kim Swee bagaimanapun terpaksa mengetepikan dua pemain dalam senarai sebelum ini, Razman Roslan (Pahang) dan Junior Eldstal (Johor DT) yang sedang mengalami kecederaan ketika ini.
“Memang agak sukar untuk memilih 23 pemain kali ini tapi saya percaya pemain baru dipanggil daripada mereka yang sebelum ini pernah bersama skuad kebangsaan dan skuad B-23 negara akan menguatkan lagi pasukan terutama di posisi tertentu.
“Bagi saya, inilah pemain terbaik untuk kita berdepan Timor Leste,” katanya.
Semua pemain terpilih diminta melapor diri Ahad ini kecuali pemain Johor DT dan Perak pada Isnin sebelum mereka berlepas ke Bangkok pada Selasa untuk menghadapi Laos pada 8 Oktober.
Kim Swee yang membimbing skuad senior dalam aksi tertangguh akibat kekecohan Ultras Malaya ketika ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi mahu anak buahnya tidak memandang mudah pertemuan dengan Laos.
“Keputusan perlawanan dengan Laos perlu diambil serius kerana itu aksi persahabatan A yang membabitkan ranking. Tapi apa yang lebih penting saya mahu melihat keserasian serta kefahaman pemain mengenai taktikal yang akan cuba diterapkan.”
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 5:33 AM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/80837#sthash.jd09AV0F.dpuf

Monday, 28 September 2015

North Atlantic Treaty Organization-NATO


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Nato
Pada Februari 1947, perjanjian damai antara Blok Barat dengan Itali, Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland ditandatangani Tujuan perjanjian damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan yang tercetus akibat Perang Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama terakhir melibatkan Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.

      Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian Atlantik  Utara (North AtlanticTreaty Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11 buah negara Barat lain menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan anti-Rusia. Ibu pejabat NATO terletak di Paris. NATO memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan dalam pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang menggotai NATO termasuklah Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway, Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan Turki.[1]

Struktur NATO
Penglibatan dan kerjasama United Kingdom dan Amerika Syarikat dari segi;
a.Keselamatan Eropah.
b.Menghadapi Pakatan  Warsaw.
c.Kerjasama ketenteraan
d.Kerjasama Perisikan.[2]



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),437..    
[1]Perhubungan Luar
[2]Kerjasama Antarabangsa”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)170..   

Martial masa depan Manchester United


 
MARTIAL (kiri) menjadi mesin pencetak gol kepada United yang kini kembali berada di puncak liga.

LONDON – Kapten Manchester United, Wayne Rooney berharap rakan sepasukannya, Anthony Martial mampu mencipta lebih banyak magis menjelang perlawanan-perlawanan seterusnya untuk memastikan misi memburu kejuaraan Liga Perdana England musim ini tercapai.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 19 tahun itu sehingga kini meledak empat gol menerusi lima perlawanan bersama United sejak menjejakkan kaki ke Old Trafford selepas meninggalkan AS Monaco melibatkan nilai perpindahan £36 juta (RM177.4 juta).

Sehubungan prestasi cemerlang dipamerkan pemain muda itu, Rooney percaya Martial tidak akan disisihkan daripada kesebelasan skuad utama kerana mampu mencipta aksi-aksi menarik dalam usaha memburu kemenangan untuk United.

"Dia (Martial) sangat menakjubkan, masih muda dan kami perlu ingat semua itu. Martial akan menjadi pemain terbaik untuk United pada musim ini dan juga masa depan.

"Kami akan membiarkan dia menikmati bola sepak dan sudah pasti dia akan mencipta lebih banyak magis untuk pasukan ini," ujar Rooney selepas aksi menewaskan Sunderland 3-0 di Old Trafford pada saingan Liga Perdana England malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Rooney turut menjaringkan gol pertamanya untuk aksi Liga Perdana England musim ini, sekali gus menamatkan kemarau prestasi tanpa sebarang jaringan sejak saingan baharu membuka tirai Ogos lalu.

"Saya tidak bimbang walaupun tidak menjaringkan gol dalam saingan liga sebelum ini. Gol itu (malam kelmarin) juga sebenarnya ialah gol kelima saya bersama United untuk musim ini. Saya juga telah menjaringkan gol untuk England.

"Jadi, saya berharap semua orang memberi tumpuan kepada cara saya bermain bola sepak kerana ia membantu saya menikmati perlawanan," tambah Rooney.

Kemenangan ke atas Sunderland kelmarin menyaksikan United kini menduduki tangga teratas liga menerusi kelebihan satu mata berbanding Manchester City yang tewas 4-1 kepada Tottenham Hotspur.

– AGENSI

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz3n1rLkMeh Hakcipta terpelihara

Sunday, 27 September 2015

Sekolah di Pahang, Tanjung Malim turut ditutup esok


27 September 2015 6:43 PM
PUTRAJAYA 27 Sept. - Semua sekolah di Pahang dan kawasan Tanjung Malim, Perak turut diarah ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan itu berikutan pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian di seluruh negara menerusi bacaan IPU sejak awal pagi hingga pukul 4 petang ini.
“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Perak dan Pejabat Pendidikan daerah berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan kadar segera,” jelas kenyataan itu petang ini. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/sekolah-di-pahang-tanjung-malim-turut-ditutup-esok-1.140440#sthash.XqIPWOf3.dpuf

Saturday, 26 September 2015

Man. United pintas Man. City

27 September 2015 1:06 AM
MAN U
PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge (tengah) menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika menentang Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, Liverpool semalam. Liverpool menang 3-2. – AFP
LONDON – Manchester United mengambil kesempatan daripada kekalahan 4-1 Manchester City kepada Tottenham Hotspur untuk merampas kedudukan teratas carta Liga Perdana Inggeris setelah menewaskan Sunderland 3-0 semalam.
Keputusan tidak dijangka yang diterima City membuka ruang kepada skuad Louis van Gaal dan mereka tidak mensia-siakannya menerusi jaringan Memphis Depay, Wayne Rooney dan Juan Mata.
Depay memecahkan kebuntuan pada penghujung babak pertama setelah menampan masuk hantaran lintang Mata ke depan gawang, sebelum Rooney dan Mata mengesahkan kemenangan United selepas rehat.
Jaringan Rooney, yang dibantu oleh Anthony Martial, adalah yang pertama untuknya dalam liga sejak April dan menyaksikan dia menya­mai rekod jaringan liga Denis Law dengan 171 gol.
Kemenangan itu meletakkan United satu mata di depan City, yang merosot ke anak tangga kedua selepas kalah kali kedua berturut-turut musim ini apabila dibelasah di White Hart Lane dalam perlawanan lebih awal.
City mendahului pada minit ke-25 menerusi Kevin De Bruyne, tetapi Eric Dier menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama sebelum tandukan Toby Alderweireld meletakkan tuan rumah di depan.
Harry Kane kemudian menja­ringkan gol pertamanya musim ini dan Erik Lamela menambah gol keempat untuk membantu Spurs melonjak ke tempat kelima liga.
Arsenal melonjak ke anak tangga keempat selepas membelasah Leicester City 5-2 di Stadium King Power.
Jamie Vardy meletakkan Leicester di depan pada minit ke-13 tetapi Theo Walcott menyamakan kedudukan lima minit kemudian sebelum Alexis Sanchez mencipta hattrick.
Vardy merapatkan kedudukan pada babak kedua tetapi Olivier Giroud menjaringkan gol kelima Arsenal dalam masa tambahan.
Sementara itu, Daniel Sturridge menjaringkan dua gol untuk membantu Liverpool mengalahkan Aston Villa 3-2 di Anfield, sekali gus menamatkan empat perlawanan mereka tanpa menang dan naik ke tempat ketujuh. – Agensi
James Milner menjaringkan gol pertama Liverpool pada minit kedua sebelum Sturridge membuktikan dia telah kembali cergas apabila menyambar hantaran voli Milner pada minit ke-59.
Rudy Gestede merapatkan kedudukan tetapi Sturridge menambah gol keduanya pada minit ke-67 sebelum Gestede kembali membantu Villa bersaing apabila menjaringkan gol keduanya. – REUTERS

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/man-united-pintas-man-city-1.140267#sthash.LtE73X8t.dpuf

SUMBANGAN TOKOH TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Abdul Razak Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang. Abdul Razak dilahirkan dalam keluarga bangsawan, beliau anak sulung kepada Dato’ Hussein Haji Awang Muhammad Taib, Penolong Pegawai Daerah Pekan dengan Teh Fatimah Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu, Mukim Langgar. Beliau melanjutkan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar. Pada 31 Mei 1940 Abdul Razak melanjutkan pelajaran ke Raffles College.[1]Beliau merupakan lulusan Lincorn’s Inn di London. Beliau menjadi Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan diberi gelaran Bapa Pembangunan.[2]

SUMBANGAN POLITIK
a.Salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956.
b.Memperluaskan gabungan Perikatan (UMBO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan dan PPP.
c.Banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga.
d.Mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti komunis kepada Dasar Berkecuali.
e.Menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan 1969.
f.Melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.
g.Mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi.

SUMBANGAN EKONOMI
a.Di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaras program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA dan FELCRA.
b.Melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.
c.Memulakan pelan pembangunan yang kompprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun.
d.Menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Besar dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya.
e.Memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan dan Buku Hijau.

SUMBANGAN SOSIAL
a.Sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak.
b.Mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
c.Meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada tahun 1972.[3]    



[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Saleh dan Abd. Ghapa Harun,Biografi Tun Abdul Razak Negarawan dan Patriot, (Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,2011),38
[2] “Sumbangan  Tokoh”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)95. 
[3] Ibid,96.

City sengsara di White Hart Lane

 
KANE meraikan kejayaan meledak gol ketiga untuk Spurs yang turut menjadi jaringan pertamanya pada musim ini semasa aksi menewaskan City 4-1 malam tadi.

LONDON – Skuad pendahulu saingan Liga Perdana England musim ini, Manchester City dipaksa menanggung derita selepas ditewaskan Tottenham Hotspur (Spurs) 4-1 di White Hart Lane malam tadi.

Dalam perlawanan aksi ketujuh liga itu, penyerang utama skuad tuan rumah, Harry Kane turut menamatkan kemarau prestasi apabila berjaya meledak gol ketiga Spurs pada minit ke-61 yang menjadi jaringan pertamanya pada musim ini.

Sebelum Kane meledak gol ketiga untuk membolehkan Spurs terus bangkit mendahului perlawanan, Eric Dier terlebih dahulu menggegarkan jaring gawang City menjelang tamat aksi babak pertama bagi mengikat jaringan Kevin De Bruyne yang disempurnakan pada minit ke-25.

Bagaimanapun, gol pengikat kedudukan yang disudahkan Dier mencetus kontroversi hangat apabila Kyle Walker dilihat berada dalam situasi ofsaid meskipun ia tidak dibatalkan pengadil.

Sesudah Dier berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan kontroversi pada hujung babak pertama, episod sengsara dialami City bertukar sedikit parah apabila Toby Alderweireld menyumbat gol kedua untuk Spurs pada minit ke-50.

Pengendali City, Manuel Pellegrini yang kelihatan tertekan sekali lagi dikejutkan dengan gol ketiga Spurs yang disudahkan Kane sebelum Eric Lamela menggenapkan kesengsaraan The Citizens menerusi jaringan keempat skuad tuan rumah pada minit ke-79.

Sehubungan kejayaan malam tadi, Spurs yang dibimbing Mauricio Pochettino kini mengumpul 12 mata dengan rekod sembilan gol selepas mencatat tiga kemenangan, tiga seri dan satu tewas.

City mencatat kekalahan kedua selepas tamat aksi malam tadi. – AGENSI

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz3mtF8oZ6U Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH LIONS XII 3-2 TERENGGANU


OLEH –AHMAD YAAKOB
Lions XII               3-2  Terengganu
m-35 Sahil Suhaimi m- 4,m 43 Paulo Rangel

m-54,m-89 Safuwan

TERKINI PULAU PINANG 4-1 PAHANG


OLEH- AHMAD YAAKOB
Pulau Pinang                4-1 Pahang
m-47 Failee Ghazali
m-80 Aznee Taib

m-83 Alberto Concalves

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PERLAWANAN KETIGA PIALA MALAYSIA 2015


OLEH –AHMAD BIN YAAKOB

LIONS XII 3-2 TERENGGANU

PERAK 0-0 ATM

SELANGOR 0-0 FELDA UNITED

T-TEAM 3-0 KELANTAN


PULAU PINANG 1-1 PAHANG

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN KETIGA PIALA MALAYSIA 2015


OLEH –AHMAD BIN YAAKOB

LIONS XII 2-2 TERENGGANU

PERAK 0-0 ATM

SELANGOR 0-0 FELDA UNITED

T-TEAM 3-0 KELANTAN

PULAU PINANG 1-1 PAHANG


JADUAL PERLAWANAN KETIGA PIALA MALAYSIA 2015

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB

LIONS XII LAWAN TERENGGANU
STADIUM JALAN BESAR
7.45 MALAM

PERAK LAWAN ATM
STADIUM IPOH, PERAK
JAM 8.45 MALAM

SELANGOR LAWAN FELDA UNITED
STADIUM SHAH ALAM
JAM 8.45 MALAM


T-TEAM LAWAN KELANTAN
STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH
JAM 8.45 MALAM

PULAU PINANG LAWAN PAHANG
STADIUM BANDARAYA

JAM 8.45 MALAM

Friday, 25 September 2015

KOMIK SABTU ACAI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



Setiap sabtu kartunis Acai akan mewarnai ruangan Tuan Pendeta di K2 5 Minit, Kosmo Sabtu. Manakala ruangan tetap Jusoh.Net pula menghiasi dada akhbar Utusan Malaysia melalui Ruangan Com Komik yang dimuatkan pada halaman 26 Sisipan Com. Sabtu.  Saya mengikuti kedua-dua siri komik ini sejak tahun 2007. Siri Jusoh Net oleh Acai minggu ini menyentuh isu penggunaan whatsapp dengan menggunakan komputer. Jusoh telah mengajar sahabatnya menaip Whatsapp dengan menggunakan keyboard komputer. Sebenarnya cara ini lebih mudah dan pantas.

      Malangnya kemudahan menaip Whatsapp menggunakan laptop aau komputer telah menyebabkan sahabat Jusoh telah meminta duit pencen yang disimpan oleh isterinya untuk membeli komputera. Jadi isteri sahabat Jusoh merasa kecewa kerana tidak dapat membeli gelang emas.


     Komik Tuan Pendeta pula menyentuh Isu korban yang dilaksanakan oleh Umat Islam pada pagi Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya  Haji. Kali ini Tuan Pendeta menghadapi keranah penduduk kampung yang menjalankan ibadat korban  dengan menyebelih kambing curi. Tetapi si pencuri cuba menunjukkan sikap baik hati dengan menghadiahkan seperiuk sup kambing kepada Tuan Pendeta. Tuan Pendeta amay marah apabila mendapat tahun sup kambing tersebut dibuat dari kambing korban yang hilang di surau di kampung tersebut.

Thursday, 24 September 2015

1 daripada 3 orang Malaysia gemuk

Oleh NOOR HASLIZA NUSI, MOHD. AZLI ADLAN dan MOHD. HAFIZI AHMAD
 
STATISTIK obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini semakin serius sehingga menjadi antara penyebab utama kematian di hospital kerajaan. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang daripada tiga penduduk negara ini mempunyai berat badan berlebihan menjadikan rakyat Malaysia terus kekal sebagai negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan keenam di Asia Pasifik.
Malah, Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan ketika ini adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kebanyakannya berpunca daripada masalah obesiti.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah penduduk gemuk tertinggi iaitu seramai 13.8 juta orang diikuti Thailand dan Singapura.

“Di negara Asia Tenggara ini, memang Malaysia yang paling gemuk, 44.5 peratus penduduk mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih daripada 25.

“Orang Malaysia makan enam kali sehari, bermula dengan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, tengah malam sehinggalah lewat pagi. Kita pun makan banyak makanan berlemak dan kurang bersenam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3mfgHXgFM Hakcipta terpelihara

Wednesday, 23 September 2015

Kelantan ‘korban’ cuti Hari Raya demi Piala Malaysia -

YATIMIN ABDULLAH  |  23 September 2015 12:32 AM

KESUNGGUHAN The Red Warriors untuk mencatat keputusan baik dalam Piala Malaysia menyebabkan mereka menggandakan latihan pada musim perayaan.

KOTA BHARU – Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menje­lang Hari Raya Aidiladha esok, The Red Warriors sebaliknya mengerah keringat di atas padang untuk mempersiapkan diri menghadapi T-Team dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.
Walaupun Hari Raya Aidiladha di­sambut besar-besaran oleh rakyat Kelantan, namun pengendali The Red Warriors, Zahasmi Ismail berkata, pasukannya terpaksa melipat gandakan latihan untuk memastikan tiga mata penuh mampu dikutip hujung minggu ini, sekali gus mencerahkan peluang ke suku akhir.
Katanya, pemain Kelantan dikerah menjalani latihan sebelah pagi dan petang hari ini, sebelum diberi cuti sehari pada hari perayaan dan kembali ke latihan keesokan hari.
“Pemain menjalani latihan dua kali sehari sejak Ahad lalu kerana kami kesuntukan masa memandang­kan perlawanan menentang T-Team jatuh pada Hari Raya ketiga.
“Tapi saya tidak mahu meru­ngut kerana semua pasukan mengalami situasi sama seperti Kelantan dan saya fikir ini bukan satu masalah biarpun kami hanya mempunyai masa singkat untuk membuat persiapan,” katanya kepada Utusan Malaysia disini semalam.
Selepas mengharungi dua perlawanan, Kelantan berkongsi empat mata bersama Felda United hasil satu kemenangan dan satu seri, diikuti rapat oleh juara 32 kali, Sela­ngor yang mengumpul tiga mata.
Zahasmi, bekas pemain Kelantan musim 2004 berkata, dia memanfaatkan latihan singkat dengan memperbaiki segala kelemahan dalam pasukan selepas mencatatkan seri 1-1 dengan Felda United di laman sendiri, Sabtu lalu.
Katanya, perancangan Kelantan terencat apabila Austin Amutu dan Jonathan McKain mengalami kecederaan.
"Amutu sudah dua hari tidak turun berlatih, namun saya berharap McKain segera pulih menjelang pertemuan Sabtu ini,” ujarnya.
Katanya lagi, berdepan T-Team nanti pasukannya akan meneruskan misi memburu mata penuh ­biarpun sedar bakal berdepan ujian getir.
Kelantan perlu menewaskan T-Team dan Selangor selepas ini jika mahu melangkah ke suku akhir.
"Kami tidak akan memandang rendah T-Team, memang pasukan itu kalah dua kali tetapi tidak mustahil boleh bangkit lebih-lebih lagi mereka beraksi di tempat sendiri,” katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kelantan-8216-korban-8217-cuti-hari-raya-demi-piala-malaysia-1.139173#sthash.Q01p8MOD.dpuf

Tuesday, 22 September 2015

Berbaloi United beli Martial


 
PEMBELIAN penyerang muda berusia 19 tahun, Anthony Martial dengan nilai £36 juta (RM239 juta) daripada AS Monaco bulan lalu ternyata berbaloi buat Manchester United.

Biarpun potensi penyerang Perancis itu yang dianggarkan bernilai £58.7 juta (RM389 juta) dilabelkan sebagai ‘mengarut’ oleh media di England tetapi dia membuktikan sebaliknya.

Martial tiba di Old Trafford pada saat-saat akhir jendela perpindahan telah membalas kritikan dengan meledak tiga gol sepanjang tiga perlawanan bersama United termasuk menjaringkan dua gol ketika menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana England, Isnin lalu.

Perkara itu diakui oleh bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson yang mendedahkan, Martial telah membuktikan kualitinya di Old Trafford selepas tiga aksinya bersama United.

United ketika ini berada di tangga kedua Liga Perdana England selepas enam perlawanan dengan mengutip 13 mata, hasil empat kemenangan dan satu seri.




SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3mWCI4ONb Hakcipta terpelihara

Tiga tonggak kembali

Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD. HANAFIAH
NAZMI (kiri) akan kembali memperkuatkan jentera tengah Selangor dalam saingan Piala Malaysia menentang Felda United hujung minggu ini setelah tamat penggantungan.

KEHADIRAN tiga tonggak utama Selangor bakal memperkuatkan lagi barisan skuad The Red Giants bagi memburu tiga mata penuh apabila menentang Felda United pada perlawanan ketiga saingan Kumpulan C kempen Piala Malaysia di gelanggang keramat mereka di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengendali Selangor, Mehmet Durakovic akhirnya boleh menarik nafas lega selepas Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang baru tamat tempoh penggantungan akan beraksi semula termasuk Ahmad Hazwan Bakri dan K. Gurusamy yang direhatkan kerana mengalami kecede­raan.

Kehadiran ketiga-tiga pemain tersebut bakal membantu Se­langor untuk mengekang ancaman The Fighters, sekali gus memburu tiga mata penting di hadapan penyokong sendiri.

“Ketiadaan mereka sebelum ini sangat memberi tekanan kepada pasukan. Apabila kembali semula tiga pemain tersebut, pasti corak permainan akan berubah dan turut memberi lembaran baharu kepada rakan-rakan sepasukan untuk kembali bangkit.

“Saya yakin Nazmi, Gurusamy dan Hazwan mampu mempamerkan prestasi yang terbaik bersama pasukan tapi saya juga masih menaruh kepercayaan kepada Afiq dan Guilherme. Malah, saya juga mempunyai Andik yang boleh membantu jentera serangan.

“Bagi saya, berdepan Felda United bukan lawan yang mudah kerana mereka memiliki barisan pemain yang bagus dan saya sentiasa mengingatkan pemain-pemain agar sentiasa memberi yang terbaik agar dapat meraih keputusan yang baik,” katanya.

Bagaimanapun, Durakovic tetap berwaspada dengan ancaman skuad bimbi­ngan Irfan Bakti Abu Salim yang memiliki pemain-pemain yang berpengalaman dan mampu membuat kejutan.

Pada aksi pertama, Selangor diaibkan Kelantan 0-3 di laman sendiri dan The Red Giants kembali bangkit dengan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas T-Team di gelanggang lawan.

Tambah pengendali berusia 50 tahun dari Australia itu, kemenangan sangat diperlukan untuk mencerahkan laluan ke peringkat suku akhir dan merealisasikan misi 33 yang masih belum dapat dicapai. Kali terakhir Selangor memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 2005.

“Cabaran yang saya pikul amat besar, lagipun Selangor merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sejarah gemilang suatu ketika dahulu dan saya harap tahun ini misi 33 dapat dicapai. Namun, saya memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mereali­sasikannya termasuk penyokong,” jelasnya.

Menurut rekod, Selangor dan The Fighters sudah bertemu sebanyak tiga kali dengan satu kemenangan memihak kepada The Red Giants dan dua lagi berakhir dengan keputusan seri.

Tiga mata yang dikumpulkan meletakkan Selangor kini menduduki tangga ketiga Kumpulan C dengan Kelantan dan Felda United masing-masing berkongsi empat mata di tangga teratas.




Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3mTy7nOKZ Hakcipta terpelihara

Monday, 21 September 2015

4.4 Perhubungan luar-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antara bangsa selepas Perang Dunia Kedua.
1.Latar belakang dan struktur PBB
Pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat peristiharan yang dinamakan Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya. Pada bulan Januari 1942, satu dokumen telah dtandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaa-kerajaan yang menandatangani dokumen itu daripada sebarang pakatan perdamain sementara secara berasingan dengan pihak musuh. Dokumen itu kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sinilah buat pertama kali istilah United Nations digunakan.[1] 

Matlamat dan prinsip PBB
1.Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2.Mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa.
3.Menyelesaikan masalah sosial, ekonomi,kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa.
4.Menggalakkan kerjajasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
6.Mencegah peperangan.
7.Membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
8.Menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa.[2]
Penglibatan dan kerjasama Soviet Union dan Amerika Syarikat dari segi;
1.Majlis Perhimpunan PBB.
2.Majlis Keselamatan PBB.
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan.
4.Bank Dunia.
5.Kerjasama Amerika Syarikat dan Soviet Union.[3]

1.Majlis Perhimpunan PBB.
Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan PBB terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung ini.Ini bermakna Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan dan Ahli Majlis Amanah. Majlis ini juga mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

      Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi sahaja. Ketua Perwakilan dikenali sebagai wakil tetap. Perhimpunan Agung 1948 telah menetapkan bahawa wakil tetap hendaklah menyampaikan surat perlantikan dari ketua negara atau menteri luar masing-masing kepada Setiausaha Agung PBB. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga bulan September setiap tahun dan berlangsung tidak kurang dari tiga bulan.[4] 

2.Majlis Keselamatan PBB.
Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak penubuhannya tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli,iaitu lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis dan China yang diwakili oleh Taiwan sehingga tahun 1971 dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.
      Mengikut Piagam PBB,antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan masalah ialah meminta semua anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar. Ciri terpentingMajlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu dasar memerlukan  persetujuan setiap ahli tetap. Ini bermakna bantahan setiap ahli tetap boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam isu-isu yang genting, keputusan yang sah mestilah menerima undi dua pertiga  atau sembilan ahli Majlis Keselamatan.[5]

3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan UNESCO.
UNESCO ditubuhkan pada tahun 1945 dan ibu pejabatnya terletak di Paris. Agensi iniditubuhkan untuk memudahkan pertukaran ilmu serta kepakaran. UNESCO berperanan mengukuhkan organisasi profesinal dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan pertukaran maklumat. UNESCO juga menganjurkan kegiatan akademik serta teknikal di dalam pelbagai bidang kepakaran.[6]  

4.Majlis Ekonomi dan Sosial.
Majlis ini bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan akktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, ke,amuniaan dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.Majlis ini bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Antara tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan , kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya.

      Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and Agriculure –FAO, United Nation Educational, Scientific and Culture Organisation – UNESCO, Intenational Labour Organisation ILO, United Nation Conference on Trade and Development UNCTAD, Internatinal Bank for Reconstruction and Development IBRD dan Internatinaol Monetary Fund IMF.[7]       



[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),313.   
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),424.    
[3]Perhubungan Luar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)169.   
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,316.
[5] Ibid,317.
[6] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,427. 
[7] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,317.