Ad

Friday 11 September 2015

Reaksi masyarakat tempatan di India

Tema 4 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelang pertengahan abad ke-18, British mula meluaskan kuasa dan pengaruh di Benua Kecil India.Keruntuhan kerajaan Mughal pada akhir abad ke-18 memberi peluang kepada British bertapak di India.Pada peringkat awal,perluasan kuasa British di India dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. SHTI campur tangan dalam dal ehwal politik bagi mempertahankan kepentingan perdagangannya. SHTI menghadapi persaingan dari Perancis untuk mengukuhkan kedudukan di India.[1]

      Sejak penaklukan dan perluasan kuasa British di India, masyarakat India mengalami satu suasana baru.Dasar British dilihat menekan penduduk tempatan. Golongan pembesar tempatan yang sebelumnya pemegang kuasa telah kehilangan kedudukan mereka dan secara langsung telah menjejaskan sumber pendapatan serta status sosial mereka.Cara British merampas wilayah-wilayah India dianggap mencabul hak dan kedaulatan pemimpin dan penduduk tempatan.[2]

Dahagi di India 1857
Kebangkitan terbesar masyarakat India menentang kuasa Barat berlaku pada tahun 1857 yang dikenali sebagai Dahagi India.Kebangkitan ini dianggap sebagai turning point kepada perjuangan orang India membebaskan tanah air mereka daripada belenggu penjajahan Barat.

      Kalangan sejarahwan Barat menganggap peristiwa Dahagi India pada tahun 1857 hanya semata-mata kebangkitan sepoi atau tentera yang tidak berpuas hati terhadap isu peluru fifle yang akhirnya melancarkan pemberontakan. Kalangan sejarahwan Asia pula berpendapat bahawa Dahagi India disebabkan reaksi langsung daripada pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh pemerintah British.[3]

      Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang pemerintahan British.Selain sepoi, golongan putera, nawab dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa turut menyertai pemberontakan tersebut. Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan pemberontakan di Meerut, Delhi, India Utara, India Tengah dan India Barat.[4]

FAKTOR-FAKTOR TERCETUS DAHAGI
1.PENGHAPUSAN AMALAN SUTTEE
2.PENGHAPUSAN AMALAN THUGEE
3.PENGHAPUSAN AMALAN MEMBUNUH BAYI PEREMPUAN.
4.PENGENALAN AKTA KAHWIN SEMULA.
5.PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN BARAT.
6.PENGENALAN TEKNOLOGI BARAT.
7.DASAR PENGILHAKAN
8.PERASAAN DENDAM SEPOI INDIA.
9.PENGENALAN PERATURAN BARU.
10.AKTA PENGAMBILAN KHIDMAT AWAM.
11.KES SENAPANG RIFFLE ROYAL ENFIELD.



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),301.    
[2]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),261.    
[3] Ibid,259.
[4] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 ,311.

No comments:

Post a Comment