Ad

Friday, 4 September 2015

Dollah Salleh letak jawatan

JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2015 @ 11:33 PM
Dollah Salleh letak jawatan
Oleh Khairil S Iswan mkhairil@bh.com.my
DOLLAH Salleh bertemu wartawan sejurus tiba di KLIA, malam ini. - Foto Yazit Razali SEPANG: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh meletakkan jawatannya hari ini. Keputusan itu diumumkan Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi. "Saya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan melepaskan jawatan saya pada hari ini. Saya sudah berbincang dengan Datuk Hamidin (Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM) dan semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

      "Sebagai jurulatih, kita mahu berakhir dengan baik namun sudah berlaku seperti ini," katanya. Dollah berkata, keputusan itu dibuat selepas perlawanan bertemu UAE berakhir. "Tiada jurulatih atau peminat boleh terima keputusan seperti ini," katanya. 
KHAIRUL Fahmi Che Mat tiba KLIA sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari UAE sebentar tadi. –Foto Hasriyasyah Sabudin 

Malaysia mencatat kekalahan memalukan 10-0 kepada UAE pada perlawanan ketiga Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019, awal pagi tadi. Ia kekalahan besar ketiga buat skuad kendalian Dollah sepanjang tahun ini. Lebih memeritkan, kekalahan 10-0 mencalit sejarah hitam dalam bola sepak negara. Ia kekalahan terbesar skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa. Ketika sidang media selepas perlawanan, Dollah memberi bayangan untuk bertanggungjawab dan melepaskan jawatannya.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/79587

No comments:

Post a Comment