Kebangkitan menentang British
di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan
ekonomi oleh orang asing. Hubungan yang buruk antara raja Myanmar dengan
British telah memperluaskan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan.
Ekonomi merupakan sebab pertama yang
membangkitkan penentangan masyarakat Myanmar terhadap British.Penduduk tempaan
tidak setuju dengan kerajaan Britih yang lebih membantu pihak pemberi pinjaman
wang dan tuan tanah, tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk
menyelesaikan hutang mereka.
Ini menyebabkan golongan ceti menguasai
tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk
mengusahakan tanah. Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka
dirampas dan mereka akan menjadi penyewa atau buruh.
Mereka juga dibebani pelbagai jenis cukai
hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang. Ini menyebabkan petani bangkit
menentang British untuk mendapat semula hak mereka.
Dari segi politik pula, penjajahan
British menyebabkan berlaku perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan
terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya dihapuskan.
Pembaharuan British bermula dengan sistem
kerajaan tempatan melalui Akta Perkampungan Burma 1889. Britih juga mengubah
sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan kolonialisme berkembang di Myanmar.
Sebab sosial dan budaya juga turut
menjadi sebab kebangkitan menentang penjajah. Contohnya keengganan pegawai
British menghormati agama Buddha dan budaya masyarakat tempatan seperti enggan
membuka kasut sewaktu memasuki rumah pagoda dan berhala telah membangkitkan
kemarahan rakyat Myanmar.Keangkuhan British yang tidak menghormati budaya
tempatan telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.
Sistem pendidikan Barat mendapat
tentangan daripada golongan sami dan guru tradisional yang tidak lagi mendapat
tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah Inggeris telah melahirkan intelek yang berpendidikan
Inggeris. Ini menyebabkan jumlah dan bilangan murid di sekolah Buddha semakin
merosot.
Kesimpulannya pengenalan sistem pentadbiran
Barat oleh Britsih mendapat tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya
dan amalan agama Buddha mereka tergugat. Keadaan bertambah buruk apabila
institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis akibat dasar
penjajahan Britsih di Myanmar.
No comments:
Post a Comment