Ad

Sunday, 6 September 2015

3.NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA.

3.1 GERAKAN NASIONALISME.
3.1.1 Menganalisis Faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.
Pendahuluan
Akibat daripada kegiatan imperialisme dan kolonialisme Barat di Asia Tenggara, wujudnya penindasan bukan sahaja daripada aspek ekonomi dan sosial, bahkan politik.Kesedaran sosiopolitik yang berlaku di Indonesia dan Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut.
Faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.
(a) Amalan dan dasar penindasan
Amalan yang dilaksanakan oleh kuasa penjajah dalam program kepenjajahannya, sama ada dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Penindasan dalam ekonomi merujuk kepada kegiatan membolot hasil-hasil pertanian, perlombongan, dan perusahaan secara berterusan di tanah jajahan.
(i) Indonesia
. Dasar ekonomi berasaskan pertanian'komersial yang sengaja dirancang seperti Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal (1870), dan Dasar Etika (1901) berbentuk menindas.
. Namun satu elemen penting yang muncul kesan daripada Dasar Etika ialah perhatian dalam
aspek pendidikan oleh Belanda kepada sebilangan penduduk peribumi yang membawa ke arah kesedaran semangat nasionalisme.
(ii) Myanmar
. Meskipun British menjalankan dasar ekonomi 'laissez-faire', namun dasar tersebut juga merupakan satu bentuk penindasan.
. Perusahaan sektor pertanian padi di Myanmar Hilir memerlukan tenaga buruh yang ramai dan British telah menggalakkan kemasukan buruh India untuk mengusahakan sektor tersebut.
. Orang India juga berperanan sebagai ceti kepada petani Myanmar. Penguasaan sektor ekonomi oleh firma asing (Eropah dan China) dalam perusahaan kayu jati, lombong, dan minyak akhirnya menjejaskan ekonomi rakyat Myanmar.
. Wujud ketidakseimbangan antara bandar dengan luar bandar serta jurang sosial antara yang
kaya dengan yang miskin.
(b) Sistem pendidikan Barat
(i) Indonesia
. Sistem pendidikan Barat yang diperkenalkan Belanda pada akhir abad ke-19 dan2O menjadi
salah satu unsur penting yang mempengaruhi kesedaran sosial dan politik di Indonesia.
. Pendidikan Barat menyebabkan anak-anak tempatan terdedah kepada persoalan dan idealisme Barat seperti hak asasi dan kebebasan manusia, kebebasan individu, liberalisme, demokrasi, sosialisme, dan komunisme.
. Mereka telah memimpin pergerakan nasionalisme bercorak sekular. Contohnya Sukarno, Sartono, Mohammad Hatta, dan Sutan Sjahrir.
(ii) Myanmar
. British memperkenalkan sekolah aliran Inggeris di Myanmar. Universiti Rangoon melahirkan ramai nasionalis berpendidikan Barat yang akhirnya memimpin beberapa buah pertubuhan kesedaran nasionalisme.
. Antara nasionalis tersebut ialah U May ong, U Kin, U Ba Pe, dan Sir Maung Gyee-pengasas
YMBA pada tahun 1906.
(c) Elemen agama
Unsur agama adalah penting dalam kesedaran sosial dan politik di Asia Tenggara khususnya di Indonesia dan Myanmar. Kebangkitan kumpulan-kumpulan politik berasaskan agama di kedua-dua buah negara merupakan aspek yang tidak dapat dinafikan oleh sejarah.
(i) Indonesia
. Seramai 90 peratus daripada rakyat Indonesia beragama Islam. Oleh itu, agama dapat menjadi elemen perpaduan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai lapisan dan keturunan.
. Wujud beberapa buah parti politik aliran agama seperti Sarekat Islam, Muhammadiyah, dan
Nahdatul Ulama.
(ii) Myanmar
. Nasionalisme tahap awal di Myanmar bertendensikan golongan agama (sami Buddha) yang
berperanan menegakkan semula tradisi agama Buddha dalam kalangan rakyat Myanmar setelah menerima tekanan Kristianisasi daripada pihak British.
. Muncul pertubuhan seperti Persatuan Sasanadara (1897) dan YMBA.
(d) Elemen penulisan, bahasa, dan perkembangan kesusasteroan
(i) Indonesia
. Aspek ini menjadi alat penyatuan rakyat dan pemupuk semangat setiakawan.
. Bahasa Indonesia menjadi alat komunikasi dan penyatuan bangsa. Malah bahasa dilihat
sebagai senjata yang dapat menjatuhkan penjajah.
. Lahir beberapa orang tokoh bersama karya mereka yang dapat menyemarakkan semangat nasionalisme. Contohnya, Penulisan Seorang Puteri Jawa oleh Raden Adjeng Kartini.
(ii) Myanmar
. Akhbar Thuriya diterbitkan pada tahun 1911 dan Wunthanu pada tahw 1922.
. Menyedarkan masyarakat peribumi tentang dasar penjajah terhadap negara.
(e) Pengaruh luar
(i) Indonesia dan Myanmar
. Gerakan Pemulihan Islam di Mesir, Revolusi Rusia (1917), Revolusi China (1911), Perang
Rusia-Jepun (1905), dan gerakan Mahatma Gandhi di India menyemarakkan semangat nasionalisme di kedua-dua negara.
Kemudahan sistem perhubungan dan media sebaran am
(i) Indonesia dan Myanmar
' Kemudahan ini membantu masyarakat peribumi menyalurkan pergerakan nasionalisme
mereka.
Beberapa kemudahan sistem perhubungan seperti jalan raya, landasan kereta api, alat-alat
sebaran am seperti radio, sistem telegraf, telefon, akhbar, dan majalah telah berperanan sebagai pemangkin perjuangan menuntut kemerdekaan.
Kemudahan tersebut membolehkan masyarakat di pedalaman menerima idea pembaharuan
dengan cepat dan tersebar secara meluas.

Kesimpulannya,gerakan kesedaran sosial dan politik yang membawa kepada gerakan nasionalisme massa di negara-negara Asia Tenggara khususnya di Indonesia dan Myanmar.

. Kemunculan gerakan tersebut berpunca daripada dasar kepenjajahan itu sendiri manakala unsur-unsur luaran boleh disifatkan sebagai unsur sampingan sahaja.

No comments:

Post a Comment