Ad

Sunday 6 September 2015

Parti Politik dan Persatuan. diIndonesia abad ke-19.

Unit 3.1 Gerakan nasionalisme
3.1.2 Parti Politik dan Persatuan. diIndonesia abad ke-19.
Hasil pembelajaran-menerangkan sebab penubuhan dan matlamat persatuan dan parti politik yang mendokong gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar.
GERAKAN NASIONALISME
Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berpunca daripada penindasan yang dilakukan oleh penjajah terhadap penduduk peribumi. Tujuan utama nasionalisme ialah untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Nasionalisme merupakan pemikiran dan tindakan yang menunjukkan cinta akan bangsa dan negara. Elemen penting yang terkandung dalam nasionalisme ialah patriotisme, iaitu perasaan cinta kepada tanah air.Nasionalisme juga merujuk kepada bangsa dan negara.[1]
1.Serekat Islam.
Diasaskan oleh Haji Omar Said Tjokroaminoto, Haji Agus Salim dan Abdul Muis.
Sebab penubuhan dan matlamat Sarekat Islam.
1.Ditubuhkan untuk bersaing dengan pengusaha Cina dalam perusahaan batik untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Indonesia.
2.Menyebarkan agama Islam dan menyekat perkembangan Kristianisasi di Indonesia.
3.Memperjuangkan kemerdekaan Indonesia secara sederhana dan melancarkan gerakan nasionalisme pada tahun 1916.[2]
2.Parti Nasional Indonesia-PNI
Diasaskan oleh Sukarno, Mohd. Hatta dan Sutan Shahrir
PNI ialah Parti Politik bersikap sekular massa dan berkembang apabila Parti Komunis Indonesia diharamkan dan kemerosotan Sarekat Islam.
Sebab penubuhan dan matlamat PNI.
 Tujuan penubuhan PNI ialah untuk;  
1.Mencapai kemerdekaan Indonesia dengan menyatukan rakyat Indonesia melalui satu bangsa, satu bahasa dan satu agama.
2.Memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan cara tidak bekerjasama dengan Belanda.
3.Bertindak menggabungkan parti-parti politik.[3]



[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,318..   
[2]“Gerakan Nasionalisme –Parti Politik dan Persatuan”. dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)130.
[3]Ibid,130.

No comments:

Post a Comment