Ad

Monday 14 September 2015

Empat jemaah haji terbunuh

Gambar Allahyarham Rusiah yang dirakam bersama keluarganya di Kelana Jaya sebelum berlepas ke Mekah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Empat daripada lapan jemaah haji Malaysia yang hilang dalam tragedi menyayat hati kren tumbang di Masjildilha­ram, Mekah pada Jumaat lalu disahkan terbunuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jenazah Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan), Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan) dan Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dikenal pasti oleh pasukan perubatan Tabung Haji (TH) yang diberi kebenaran me­lakukan pengecaman ke atas 108 mangsa oleh kerajaan Arab Saudi di Hospital Arab Saudi.

“Hari ini (semalam) merupakan hari pertama TH dibenarkan membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) atau 3.30 petang waktu Malaysia.

“Menerusi pengecaman itu, empat jenazah rakyat kita telah dikenal pasti.

“Seorang lagi jemaah yang hilang, Abdul Muluk Ishak, 71, yang berasal dari Pantai Remis, Perak ditemui selamat selepas tersesat bersama kumpulan jemaah haji dari Thailand,” kata Jamil Khir pada satu sidang akhbar tergempar di Kompleks TH, Kelana Jaya di sini malam tadi.

Menurut beliau, pihak TH akan terus melakukan usaha mencari tiga lagi jemaah yang hilang menerusi proses penca­rian dan pengecaman jenazah kali kedua yang akan dilakukan hari ini.

Tiga jemaah yang masih hilang sehingga kini ialah Abdul Habib Lahman, 68, yang berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).

Dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat lepas, sekurang-kurangnya 107 jemaah haji terkorban, manakala lebih 230 orang lagi cedera.

Sepuluh jemaah haji Malaysia turut tercedera dalam tragedi berkenaan.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3lj9TodP8 Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment