Ad

Sunday 20 September 2015

Hoki: THT kekalkan kejuaraan Piala TNB

AHAD, 20 SEPTEMBER 2015 @ 10:45 PM

 
PEMAIN Pasukan Hoki Terengganu (THT), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (tengah) berebut bola hoki bersama pemain kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2015 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.- Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) mengekalkan kejuaraan Piala TNB selepas menundukkan Kuala Lumpur Hockey Team (KLHC) 5-4 menerusi pukulan penentuan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

      Pukulan penentuan terpaksa dilakukan, selepas kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 sebaik tempoh masa permainan berakhir. Dalam aksi berkenaan, THT lebih dulu berada di depan menerusi jaringan Faizal Shaari pada minit ke-36. Namun kelebihan itu pantas dipadam oleh penyerang KLHC, Razie Rahim dua minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 1-1. Kedudukan itu kekal sehinggalah wisel penamat, sebelum pukulan penentuan dilakukan.

SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/83321


No comments:

Post a Comment