Ad

Monday 14 September 2015

Penentangan Rakyat Indonesia Secara Bersenjata.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Di Indonesia, Jepun menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasionalisme berlaku dalam kalangan rakyat di negara tersebut.
Kebanyakan pemimpin nasionalisme seperti Sukarno dan Hatta tidak dibenarkan menyebarkan pengaruh mereka luar daripada Kepulauan Jawa.  

      Untuk menyelamatkan empayar Jepun daripada serangan tentera Berikat, beberapa buah organisasi semitentera dan bersifat tentera penuh telah ditubuhkan. Seinendan telah ditubuhkan untuk golongan pemuda dan tertumpu kepada latihan tentera tanpa menggunakan senjata. Manakala Keibodan berfungsi untuk mengawal tentera dalam negara.

      Pertubuhan tentera penuh, iaitu PETA dan HEIHO yang dianggotai tentera Indonesia ditubuhkan bagi menghadapi dan mempertahankan Indonesia daripada serangan tentera Berikat.  

Kesusahan hidup rakyat, kekejaman Jepun dan tindakan Jepun untuk menjajah Indonesia menyebabkan muncul gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun.[1]Amir Sjarifuddin merupakan golongan anti-Jepun yang menerima bantuan daripada Belanda untuk menentang tentera Jepun. Bagaimana pun beliau telah ditangkap oleh tentera Jepun.

      Golongan mahasiswa pula menyatakan protes terhadap pemerintahan Jepun. Banyak ahli persatuan ini yang menentang pendudukan Jepun di Indonesia telah ditangkap. Gerakan Anti-Fasis telah menjalinkan hubungan dengan nasionalis lain untuk menentang Jepun seperti nasionalis di Tanah Melayu dan golongan kiri Cina di Sumatera  Timur. Selepas kekalahan Jepun, Belanda kembali ke Indonesia dan disambut dengan semangat penentangan dan peperangan oleh penduduk Indonesia di bawah pimpinan Sukarno dan ahli nasionalis yang lain yang menyebabkan pihak Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.[]




[i]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,137.  
[2] Ibid,137

No comments:

Post a Comment