JOHOR BAHRU – Dua gol dalam
masa tiga minit menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan langkah pertama
dalam kempen Piala Malaysia tahun ini dengan mencatat keputusan selesa apabila
menundukkan Perak 2-0 dalam perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium
Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.
JDT tidak menunggu lama untuk
mendapatkan gol pembukaan menerusi penyerang berpengalaman Safee Sali pada
minit ke-17 sebelum S. Chanturu menggandakan jaringan gol tuan rumah.
Perlawanan bermula seimbang
dengan kedua-dua pasukan mempersembahkan corak permainan pantas dalam usaha
memburu jaringan awal permainan.
Peluang terbaik pasukan Bos
Gaurus muncul pada minit ke-10 permainan apabila penyerang Charles Souza Chad
menerima bola namun tendangannya di hadapan pintu gol tepat menuju Izham
Tarmizi.
JDT dilihat menggandakan
serangan dengan mengatur gerakan bertali arus ke kubu pelawat sebelum Safee
menanduk masuk bola hantaran Chanturu melepasi jangkauan penjaga gol Azizon
Abdul Kadir.
Harimau Selatan yang tidak
pernah tewas dalam perlawanan Liga Malaysia di Stadium Larkin sejak beberapa
musim lalu menggandakan jaringan pada minit ke-21 permainan apabila Chanturu
menanduk masuk bola hantaran pemain pertahanan Mahalli Jasuli.
Separuh masa kedua permainan
menyaksikan pasukan pelawat menggandakan asakan ke kubu tuan rumah dengan
beberapa percubaan berbahaya dari Souza Chad dan Ridzuan Azly Hussham.
Tendangan Souza Chad pada minit
ke-56 berjaya menewaskan Izham namun bola sekadar menggegar tiang gol, begitu
juga dengan tandukannya pada minit ke-62.
Kemasukan Harris Harun, Nazrin
Nawi dan ayam tambatan JDT, Luciano Figueroa pada separuh masa kedua dilihat
berjaya mengubah rentak permainan mereka namun kedudukan 2-0 kekal terikat
tanpa tambahan jaringan.
Penyerang Perak terus mengatur
serangan demi serangan sehingga ke minit-minit terakhir permainan namun gagal
mencari jaringan yang dikehendaki.
- SUMBER
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gol-safee-chanturu-julang-jdt-1.134927#sthash.AabpjPC0.dpuf
No comments:
Post a Comment