Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Nato
Pada Februari 1947, perjanjian
damai antara Blok Barat dengan Itali, Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland
ditandatangani Tujuan perjanjian damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan
yang tercetus akibat Perang Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama
terakhir melibatkan Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.
Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian
Atlantik Utara (North AtlanticTreaty
Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11 buah negara Barat lain
menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan anti-Rusia. Ibu pejabat NATO
terletak di Paris. NATO memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar
yang memainkan peranan dalam pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang
menggotai NATO termasuklah Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium,
Luxembourg, Norway, Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan
Turki. Jerman menyertai NATO pada tahun 1955.[1]
Matlamat utama NATO ditubuhkan
adalah;
1.Meyujudkan sistem pertahanan
bersama yang melibatkan semua negara anggota.
Strategi NATO ialah bagi
mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota
terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya NATO
bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajuai oleh Soviet Union.
Tambahan pula, negara-negara Eropah Timur yang prokomunis sudah menambah
kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Jadi,
rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu dikawal di peringkat awal lagi.[2]
2.Mempertahankan kedaulatan dan
keselamatan negara anggota.
Matlamat penubuhan NATO juga
ialah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
3.Membendung pengaruh komunis
yang diterajui oleh Soviet Union.
Faktor utama penubuhan NATO
adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.Rusia
berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah
Timur.Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.[3]
4.Menghalang kebangkitan semula
kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
Kebangkitan Jerman selepas
Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.Kebangkitan
Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti
Britain dan Perancis; dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
5.Mengatasi ketidakyakinan
Eropah terhadap kemampuan PBB.
NATO ditubuhkan bagi Mengatasi
ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB samada dari sudut ketenteraan
mahupun dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi
pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.[4]
[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar
2015),437.
[2] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan
Pelangi 2014),327.
[4] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan
Pelangi 2014),326.
No comments:
Post a Comment