Ad

Saturday, 5 September 2015

Fokus aksi berdepan Arab Saudi, lupakan kekalahan UAE - Kim Swee

05/09/2015 11:13pm

PETALING JAYA - Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee meminta pemain melupakan kekalahan memalukan dibelasah 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, di Abu Dhabi Khamis lepas.

Sebaliknya, pengendali skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan itu meminta pemain memberi tumpuan kepada aksi seterusnya berdepan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, pada Selasa ini.

Kim Swee yang dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Dollah Salleh yang meletak jawatan semalam, susulan kekalahan memalukan itu, mengakui berdepan tugas mencabar namun sedia memikul peranan berkenaan sebaik mungkin.

"Bagi saya, kita tidak boleh terlalu memikirkan kekalahan itu kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. Yang penting, kita kembali fokus," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kim Swee berkata, kesemua pemain boleh menerima kehadirannya, memandangkan sebahagian daripada mereka pernah beraksi di bawah bimbingannya ketika dilantik sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan selama empat bulan, dari 3 Februari 2014 hingga 28 Jun 2014. - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz3ksavYUxh Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment