Ad

Monday 21 September 2015

4.4 Perhubungan luar-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antara bangsa selepas Perang Dunia Kedua.
1.Latar belakang dan struktur PBB
Pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat peristiharan yang dinamakan Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya. Pada bulan Januari 1942, satu dokumen telah dtandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaa-kerajaan yang menandatangani dokumen itu daripada sebarang pakatan perdamain sementara secara berasingan dengan pihak musuh. Dokumen itu kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sinilah buat pertama kali istilah United Nations digunakan.[1] 

Matlamat dan prinsip PBB
1.Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2.Mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa.
3.Menyelesaikan masalah sosial, ekonomi,kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa.
4.Menggalakkan kerjajasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
6.Mencegah peperangan.
7.Membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
8.Menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa.[2]
Penglibatan dan kerjasama Soviet Union dan Amerika Syarikat dari segi;
1.Majlis Perhimpunan PBB.
2.Majlis Keselamatan PBB.
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan.
4.Bank Dunia.
5.Kerjasama Amerika Syarikat dan Soviet Union.[3]

1.Majlis Perhimpunan PBB.
Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan PBB terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung ini.Ini bermakna Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan dan Ahli Majlis Amanah. Majlis ini juga mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

      Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi sahaja. Ketua Perwakilan dikenali sebagai wakil tetap. Perhimpunan Agung 1948 telah menetapkan bahawa wakil tetap hendaklah menyampaikan surat perlantikan dari ketua negara atau menteri luar masing-masing kepada Setiausaha Agung PBB. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga bulan September setiap tahun dan berlangsung tidak kurang dari tiga bulan.[4] 

2.Majlis Keselamatan PBB.
Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak penubuhannya tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli,iaitu lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis dan China yang diwakili oleh Taiwan sehingga tahun 1971 dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.
      Mengikut Piagam PBB,antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan masalah ialah meminta semua anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar. Ciri terpentingMajlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu dasar memerlukan  persetujuan setiap ahli tetap. Ini bermakna bantahan setiap ahli tetap boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam isu-isu yang genting, keputusan yang sah mestilah menerima undi dua pertiga  atau sembilan ahli Majlis Keselamatan.[5]

3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan UNESCO.
UNESCO ditubuhkan pada tahun 1945 dan ibu pejabatnya terletak di Paris. Agensi iniditubuhkan untuk memudahkan pertukaran ilmu serta kepakaran. UNESCO berperanan mengukuhkan organisasi profesinal dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan pertukaran maklumat. UNESCO juga menganjurkan kegiatan akademik serta teknikal di dalam pelbagai bidang kepakaran.[6]  

4.Majlis Ekonomi dan Sosial.
Majlis ini bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan akktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, ke,amuniaan dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.Majlis ini bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Antara tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan , kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya.

      Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and Agriculure –FAO, United Nation Educational, Scientific and Culture Organisation – UNESCO, Intenational Labour Organisation ILO, United Nation Conference on Trade and Development UNCTAD, Internatinal Bank for Reconstruction and Development IBRD dan Internatinaol Monetary Fund IMF.[7]       



[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),313.   
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),424.    
[3]Perhubungan Luar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)169.   
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,316.
[5] Ibid,317.
[6] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,427. 
[7] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,317.

No comments:

Post a Comment