Ad

Monday 14 September 2015

Penentangan Rakyat Myanmar Secara Bersenjata.

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan rakyat Myanmar secara bersenjata bermula apabila ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Golongan Thakin mempunyai pasukan gerila anti-Jepun yang diketuai oleh Thakin Soe.Kumpulan yang berbaik dengan Jepun juga bersahabat dengan pejuang-pejuang pembebasan bawah tanah.

      Perasaan anti-Jepun muncul disebabkan tindakan politik dan ketenteraan Jepun yang dianggap menghina bangsa Myanmar. Masalah ekonomi dan kesukaran hidup yang dialami semasa pendudukan Jepun menambahkan kebencian mereka lalu bangkit menentang Jepun.[1]

      Aung San menubuhkan Tentera Kebangsaan Burma anti-Jepun yang kemudiannya berkembang dan membentuk Liga Pembebasan Rakyat anti-Fasis untuk menentang Jepun. AFPFL mendapat bantuan luar terutama dari British.[2]

      Dakyah anti-Jepun disebarkan dalam Tentera Kebangsaan Burma melalui ceramah secara sulit pada tahun 1944 untuk embangkitkan semangat anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar. Walaupun pelbagai sekatan dikenakan oleh pentadbiran tentera Jepun. Penentangan ini bertujuan untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Dalam usaha penentangan ini, mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik.

      Pertubuhan politik secara sulit telah ditubuhkan seperti Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) yang akan menyelaraskan semua gerakan penentangan yang diselenggarakan oleh Tentera Kebangsaan Burma, Liga Belia Asia Timur, golongan sosialis dan Thakin yang berideologi kominis termasuk petani dan pekerja. AFPFL mendapat bantuan luar terutama British. Hubungan sulit diadakan dengan pihak British di India oleh Thein Pe dan Thakin Tin Shwe.

      Tentera Jepun pula telah menubuhkan pasukan Tentera Kemerdekaan Myanmar (Burma Independence Army) Pasukan ini diberi senjata dan ada dalam kalangan pemimpin mereka yang menyeludup ke Jepun bagi mendapatkan latihan tentera. Pasukan ini ditubuhkan hasil daripada pakatan Aung San dan 13 orang ahli Dobama Asiayone.[3]

      Aung San telah memberi sokongan kepada British dalam usaha menawan semula Myanmar dan menghalau Jepun.Pada 8 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah. Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan Karen, Shan, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis daripada pengaruh kominis dalam usaha menyakinkan British bagi mendapatkan kemerdekaan Myanmar.

      Aung San elah membuat perisytiharan kemerdekaan yang diberi adalah kemerdekaan yang dikawal oleh Jepun. Tentera Kebangsaan Burma telah mengedarkan berita sulit dengan persetujuan AFPFL untuk menyediakan kerja-kerja sabotaj terhadap Jepun dan golongan pro-Jepun.

      Manifesto 1944 dikeluarkan bertajuk ‘Usir Keluar Penjajah-Penjajah Fasis Jepun’ yang bertentangan dengan propaganda Jepun sebelum ini. Pada Mac 1945, Tentera Kebangsaan Burma mula menentang tentera Jepun. Penentangan ini semakin meluas apabila Liga Belia Asia Timur termasuk golongan petani dan pekerja turut menyertai perang gerila tersebut.

      Semasa serangan pihak Berikat ke atas Jepun di Myanmar, Tentera Kebangsaan Burma yang diharapkan menentang British telah menyerang tentera Jepun daripada belakang. Tentera British dan Tentera Kebangsaan Burma telah bekerjasama di bawah pemerintah tertinggi pihak Berikat, iaitu Lord Louis Mountbatten untuk menamatkan pendudukan Jepun di Myanmar. Pada Oktober 1945, Jepun secara rasmi telah menyerah kalah kepada pihak Berikat.[4]




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemas Kini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,345.    
[2]“Perjuangan Secara Berperlembagaan dan Bersenjata,” dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,137.
[3] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemas Kini,345.
[4] Ibid,346.

No comments:

Post a Comment