Ad

Saturday 26 September 2015

SUMBANGAN TOKOH TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Abdul Razak Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang. Abdul Razak dilahirkan dalam keluarga bangsawan, beliau anak sulung kepada Dato’ Hussein Haji Awang Muhammad Taib, Penolong Pegawai Daerah Pekan dengan Teh Fatimah Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu, Mukim Langgar. Beliau melanjutkan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar. Pada 31 Mei 1940 Abdul Razak melanjutkan pelajaran ke Raffles College.[1]Beliau merupakan lulusan Lincorn’s Inn di London. Beliau menjadi Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan diberi gelaran Bapa Pembangunan.[2]

SUMBANGAN POLITIK
a.Salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956.
b.Memperluaskan gabungan Perikatan (UMBO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan dan PPP.
c.Banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga.
d.Mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti komunis kepada Dasar Berkecuali.
e.Menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan 1969.
f.Melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.
g.Mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi.

SUMBANGAN EKONOMI
a.Di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaras program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA dan FELCRA.
b.Melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.
c.Memulakan pelan pembangunan yang kompprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun.
d.Menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Besar dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya.
e.Memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan dan Buku Hijau.

SUMBANGAN SOSIAL
a.Sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak.
b.Mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
c.Meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada tahun 1972.[3]    



[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Saleh dan Abd. Ghapa Harun,Biografi Tun Abdul Razak Negarawan dan Patriot, (Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,2011),38
[2] “Sumbangan  Tokoh”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)95. 
[3] Ibid,96.

No comments:

Post a Comment