Ad

Thursday 24 September 2015

1 daripada 3 orang Malaysia gemuk

Oleh NOOR HASLIZA NUSI, MOHD. AZLI ADLAN dan MOHD. HAFIZI AHMAD
 
STATISTIK obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini semakin serius sehingga menjadi antara penyebab utama kematian di hospital kerajaan. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang daripada tiga penduduk negara ini mempunyai berat badan berlebihan menjadikan rakyat Malaysia terus kekal sebagai negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan keenam di Asia Pasifik.
Malah, Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan ketika ini adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kebanyakannya berpunca daripada masalah obesiti.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah penduduk gemuk tertinggi iaitu seramai 13.8 juta orang diikuti Thailand dan Singapura.

“Di negara Asia Tenggara ini, memang Malaysia yang paling gemuk, 44.5 peratus penduduk mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih daripada 25.

“Orang Malaysia makan enam kali sehari, bermula dengan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, tengah malam sehinggalah lewat pagi. Kita pun makan banyak makanan berlemak dan kurang bersenam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3mfgHXgFM Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment