Ad

Monday 14 September 2015

Dekolonisasi di China

4.3     Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan
Dekolonisasi di China
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran ;menerangkan langkah-langkah mendapatkan dan Dekolonisasi oleh orang China pada abad ke-20
Dekolonisasi bermaksud proses  membebaskan tanah jajahan dengan memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Di China, srbahagian besar rakyat menganggap kerajaan Ching adalah kerajaan asing kerana pemerintah kerajaan ini merupakan orang Manchu yang berasal dariManchuria. Oleh itu rakyat China mahu menyingkirkan kerajaan Ching.[1]

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 menyebabkan China banyak menerima pengaruh Barat. Selain kuasa Barat, Jepun juga turut menduduki China dan telah membahagi-bahagikan wilayah China mengikut kehendak mereka. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin China berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.
Langkah-langkah mendapatkan kedaulatan di China.
1.Reformasi 100 Hari.
2.Gerakan 4 Mei.
3.Revolusi 1911.[2]
Langkah-langkah mendapatkan kedaulatan di China.
1.Reformasi 100 Hari
Gerakan Reformasi 100 Hari dilancarkan oleh negara China selama 103 hari, iaitu mulai 11 Jun hingga 20 September 1898.Gerakan ini dianjurkan oleh golongan reformasi radikal pimpinan Kang Yu Wei seorang sarjana berpendidikan China tetapi inginkan pemodenan China mengikut teknik-teknik Barat. Kang Yu Wei ingin menerapkan idea-idea dan ilmu pengetahuan Barat ke dalam institusi politik dan sosial China yang membolehkannya wujud sebagai sebuah negara yang kuat dan moden. Kang Yu Wei telah mendapat persetujuan Maharaja Kuang-shu untuk melacarkan Gerakan Pembaharuanpada 11 Jun 1898.[3]

Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat di China.Dalam aspek pentadbiran Kang Yu Wei menyarankan agar maharaja berkongsi kuasa Dewan Perwakilan bagi mewujudkan monarki berperlembagaan di China. Beliau mahu menyesuaikan pentadbiran Barat dengan pentadbiran tradisional China. Bagaimana pun, usahanya digagalkan oleh golongan konsevatif yang tidak mahu melaksanakan sistem pentadbiran ala-Barat. Mahani Dowager hanya berminat mengekalkan kekuasaan tradisi orang Manchu di China.[4]

  Walaupun pada awalnya dihalang oleh golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong kepada tradisi orang Manchu. Tambahan pula, peperangan antara Rusia dengan Jepun 1904-1905 membangkitkan kesedaran bahawa sistem raja berperlembagaan yang dilaksanakan di Jepun berjaya menumpaskan sistem monarki Rusia.

      Gologan cerdik pandai menyarankan agar kerajaan mengadakan kajian di negara-negara Barat dan Jepun sebelum melaksanakan sistem raja berperlembagaan. Namun pihak kerajaan nampaknya tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan cadangan tersebut.[5]

      Gerakan ini gagal kerana kekurangan pengalaman dan kelemahan penganjur reformasi iaitu Kang Yu Wei dan Liang Chi-Chao yang tidak berpengalaman yang luas fdan tidak mempunyai ketajaman fikiran politik, tentangan reformis konsevatif dan Maharani Dowager, tentangan pegawai Manchu dan ketiadaan sokongan rakyat.



[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),301.    
[2] “Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)167. 
[3]  K.Ratnam STPM Teks Pra U Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur,(Subang Jaya: Pustaka Sarjana, 2011),428.
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,301.
[5] Ibid,301.

No comments:

Post a Comment