Penduduk melihat buaya yang
ditangkap di Sungai Kampung Limbang, Limbang dekat Kuching semalam.
KUCHING – Selepas lebih sebulan
gerakan memburu seekor buaya tembaga jantan yang membaham guru sandaran,
Nurfazilah Abdul Rahman, 26, di Sungai Kampung Binjai, Limbang dekat sini
dijalankan, reptilia ganas itu akhirnya ditangkap semalam.
Buaya sepanjang 4.2 meter dan
seberat lebih 100 kilogram itu ditemui dalam jaring selepas termakan umpan kail
yang dipasang oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan
Perhutanan Sarawak (SFC).
Jurucakap SFC berkata, sang
bedal itu ditemui oleh anggotanya dan penduduk ketika mereka keluar memeriksa
perangkap berkenaan pada pukul 8 pagi.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3lRYy5LFc
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment