Ad

Tuesday 22 September 2015

Berbaloi United beli Martial


 
PEMBELIAN penyerang muda berusia 19 tahun, Anthony Martial dengan nilai £36 juta (RM239 juta) daripada AS Monaco bulan lalu ternyata berbaloi buat Manchester United.

Biarpun potensi penyerang Perancis itu yang dianggarkan bernilai £58.7 juta (RM389 juta) dilabelkan sebagai ‘mengarut’ oleh media di England tetapi dia membuktikan sebaliknya.

Martial tiba di Old Trafford pada saat-saat akhir jendela perpindahan telah membalas kritikan dengan meledak tiga gol sepanjang tiga perlawanan bersama United termasuk menjaringkan dua gol ketika menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana England, Isnin lalu.

Perkara itu diakui oleh bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson yang mendedahkan, Martial telah membuktikan kualitinya di Old Trafford selepas tiga aksinya bersama United.

United ketika ini berada di tangga kedua Liga Perdana England selepas enam perlawanan dengan mengutip 13 mata, hasil empat kemenangan dan satu seri.




SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3mWCI4ONb Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment