Ad

Saturday 5 September 2015

Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat di China dan India

4.4 Perhubungan luar abad ke-20
Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat di China dan India.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat dan kesan penjajahan Barat.
Hasil pembelajaran mengnalisis reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat di Cina dan India pada abad ke 19-20.
1.A)Reaksi masyarakat tempatan di China dan India.
Perluasan kuasa
Menjelang abad ke-19, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di Asia. Perkembangan Revolusi Perusahaan dan kemunculan negara-negara bangsa di Eropah merancakkan persaingan dalam kalangan negara-negara Barat untuk mendapat bahan-bahan mentah dan pasaran bagi barangan mereka.Ini menyebabkan kuasa Barat meluaskan pengaruh mereka di Benua kecil India dan Tanah Besar China.Perluasan kuasa British  di India dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris; manakala pedagang-pedagang Barat yang terdiri daripada British, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat mula bersaing untuk menguasai perdagangan di China. Perluasan kuasa Barat telah menyebabkan berlaku perubahan sistem politik,pentadbiran,sosial, ekonomi dan kebudayaan masyarakat tempatan, Perubahan-perubahan yang berlaku di India dan China telah menyebabkan masyarakat tempatan bertindak untuk mempertahankan identiti budaya,bangsa dan peradaban mereka daripada pengaruh luar.[1]   
Reaksi masyarakat tempatan.
China
1.Perang Candu I dan II.
2.Perjanjian-perjanjian.
3.Pemberontakan Boxer.
India
1.Kebangkitan Islam dan Sikh.
2.Kebangkitan petani.
3.Dahagi.

Transfomasi di China
Transfomasi Sosial,ekonomi dan intelektual
Gerakan pembaharuan 1901-1911
1.Pendidikan klasik dirombak
2.Pembaharuan adat.
3.Pembaharuan ketenteraan.
4.Pembaharuan ekonomi.

Transfomasi di  India
Adat/kasta
a.Penghapusan adat.
Ekonomi
a.Sistem cukai baru.
b.Ryotwari.
Keagamaan
1.Gerakan Brahmo Samaj.
2.Gerakan Arya Samaj
3.Reformasi India Muslim.
Pendidikan moden
1.Penterjemahan.
2.Sains dan teknologi.
3.Pusat Pengajian Tinggi.
4.Kurikulum Barat dan Pengajian Tinggi.[2]



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),269.    
[2]“Reaksi dan Kesan Perluasan Kuasa Barat”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)132.   

No comments:

Post a Comment