Dia nak jadi imam tu’
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 SEPTEMBER 2015
Mohd Zuhairee Mohd Yatim
SHAH ALAM - "Dia nak jadi
imam tu," itu reaksi Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim
susulan insiden dia ditampar oleh seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab
ketika solat Jumaat hari ini.
"Saya ingatkan sangkut
bacaan, tengok-tengok terus dia datang dan tampar.
"Dia nak jadi imam kot
rasanya," kata Mohd Zuhairee dalam sebuah video yang dikongsi netizen di
laman sosial.
[ARTIKEL BERKAITAN: Imam
ditampar solat Jumaat Masid Negara terganggu]
Sementara itu, memetik laporan
Astro Awani, Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad berkata,
lelaki itu dipercayai bergerak mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang
bersolat sebelum menampar Zuhairee yang memimpin solat, memaksa solat
dihentikan.
"Saya ingat Imam
tersangkut pada bacaannya. Secara tiba-tiba entah dari mana lelaki Arab itu
muncul dan terus menampar Imam", jelasnya.
Lelaki itu kemudian cuba
melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan
berbahasa Arab, bagaimanapun tersadung pada tripod kamera sebelum ditangkap
oleh jemaah yang berhampiran.
Dia seterusnya dibawa oleh
beberapa jemaah dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal
sementara menunggu pihak polis tiba.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
18.9.2015
No comments:
Post a Comment