Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
1.Perjanjian
Melalui perjanjian
Perjanjian
Sumatera 1871
Pada
tahun 1871, Perjanjian Sumatera ditandatangani antara Belanda dengan British
yang memberi kebebasan kepada Belanda untuk berkuasa di Sumatera.
Sebab Perjanjian Sumatera 1871
Di
Sumatera, Belanda mengamalkan dasar berhati-hati berpandukan Perjanjian
Inggeris-Belanda l824 kerana kedua-dua kuasa Barat ini telah bersetuju
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan Acheh. Oleh itu, peluasan kuasa Belanda
ke Sumatera adalah secara berperingkat-peringkat.
Untuk
melindungi kepentingan dan kedudukan mereka di Indonesia, pihak Belanda
terpaksa menghapuskan kegiatan lanun dan perdagangan hamba abdi di Sumatera.
Antara tahun 1856 hingga 1868, pulau-pulau Lampung dan daerah Batak jatuh
kepada kuasa Belanda.
Pada
tahun 1868, Sultan Siak meminta bantuan seorang pedagang British bernama Wilson
apabila baginda diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya mengalahkan musuh Sultan
Siak dan merampas Siak untuk dirinya.
Tindakan
Wilson membimbangkan pihak Belanda. Untuk menjamin kedudukan mereka, Belanda
mengusir Wilson secara paksaan. Belanda telah menandatangani perjanjian dengan
Sultan Siak yang meletakkan wilayah Siah Deli, dan negeri naungannya, iaitu
Serdang, Langkat, dan Asahan di bawah pemerintahan Belanda.
Kemaraan
Belanda telah membangkitkan bantahan hebat dari British yang mendakwa Belanda
telah melanggar Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Memandangkan
perselisihan tersebut, maka satu penyelesaian perlu diadakan. Akhirnya,
Perjanjian Sumatera I87I ditandatangani.[1]
Syarat Perjanjian Sumatera (1871)
1.Belanda
menyerahkan kawasan milik mereka di Afrika Barat kepada British.
2.Belanda
bebas bergerak di Sumatera.
Kesan
Perjanjian Sumatera (1871)
1.Belanda
berjaya memperkukuhkan kuasanya di Sumatera.
2.Dasar
peluasan kuasa Belanda secara besar-besaran bermula pada tahun 1871 selepas
Perjanjian Sumatera ditandatangani.
3.Belanda
berjaya menguasai seluruh Sumatera.
4.Belanda
berpeluang meluaskan kuasanya terhadap Acheh.[2]
2.Peperangan dan penaklukan.
Melalui kekuatan tentera
Belanda
menghantar ekspedisi tenteranya ke Bali pada tahun 1846 dan 1849 untuk
mengatasi pemberontakan raja-raja tempatan. Bali dikuasai pada tahun 1856.
Satu
ekspedisi tentera juga dihantar ke Sulawesi bertujuan untuk menghapuskan
kegiatan perlanunan yang berleluasa dalam kalangan orang Bugis.
(c)
Melalui gerakan tentera, Belanda menguasai daerah Lampung (1856), Batak (1858),
dan Bangkahulu (1868).[3]
Melalui peperangan
1.Jambi
Jambi
menjalin hubungan dengan Belanda sejak abad ke-18.
Belanda
pernah membina pangkalannya di Jambi tetapi atas sebab tertentu meninggalkannya
pada tahan 1724.
Pada
tahun 1833, Belanda cuba menegakkan kuasanya ke atas Jambi semasa pemerintahan
Sultan Muhammad Fakruddin.
Belanda
memaksa ]ambi mengadakan perjanjian mengakui ketuanannya apabila Jambi kalah
dalam peperangan dengan Palembang.
Sultan Jambi yang baharu, iaitu Sultan Thaha
enggan mengakui kekuasaan Belanda. Belanda bertindak balas pada tahun 1858
dengan melancarkan serangan ke atas Jambi. Pertempuran berlaku di Betung
Berdarah yang menyaksikan kekalahan Sultan Thaha. Sultan Thaha berundur ke
kawasan pedalaman.
Sultan Jambi yang terakhir, iaitu Sultan Ahmad
Zainuddin mengundurkan diri daripada takhta kerajaan pada tahun l901.Dengan
ini, pentadbiran Jambi diserahkan kepada Residen Palembang pada tahun 1901. Ini
menandakan berakhirnya Kesultanan Jambi.[4]
2.Acheh
Dasar
peluasan kuasa Belanda ke Acheh mencetuskan perang Acheh yang berlarutan selama
35 tahun dari tahun 1873 hingga 1908.
Usaha
peluasan kuasa Belanda bertujuan untuk menghapuskan kegiatan perlanunan di
perairan Acheh. Selain itu, Belanda juga bimbang dengan dasar imperialisme
kuasa lain seperti Itali, Perancis, Turki, dan Amerika Syarikat terhadap
bahagian Sumatera yang belum dikuasai sepenuhnya. Belanda ingin menguasai
perdagangan yang dijalankan di Acheh.
Tambahan
pula, Belanda dapat bergerak bebas terhadap Acheh kerana mengikut Perjanjian
Sumatera 1871, British tidak akan menghalang Belanda meluaskan kuasanya di
Sumatera. Sebagai balasan, Belanda memindahkan haknya ke atas Afrika Barat
kepada British.
Perang Acheh bermula apabila angkatan Belanda
tiba di Pantee Ceureumen pada bulan April 1873 tetapi dapat dikalahkan oleh
tentera Acheh. Satu siri peperangan telah berlaku antara Belanda dengan Acheh.
Pada
tahun 1893, Belanda di bawah Gabenor Jeneral, van der Wijik bertindak keras
terhadap Acheh dengan memburu gerila Acheh sehingga pemimpin gerila Acheh
terpaksa menyerah diri. Acheh terpaksa menyerah kalah kepada Belanda pada tahun
1903.[5]
Perang Jawa 1825-1830.
Perang
Jawa 1825-1830 berlaku akibat perasaan tidak puas hati Diponegoro, putera
kerajaan Jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capellan di Pulau
Jawa. Perang Jawa tercetus disebabkan oleh pembatalan Kontrak Sewa Tanah,
persoalan takhta kerajaan dan ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam
tidak diiktiraf oleh Belanda.Akibat
daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banjumas, Bangelan,
Madiun dan Kediri yang sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta. Sultan
Pakubuwono, Sultan Surakarta dibuang negeri ke Ambon dengan gelaran Pakubuwono
VII yang menjadi boneka kerajaan Belanda.[6]
[1]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),307.
[2]Ibid,307.
[3]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),303.
[4] Ibid,304.
[5] Ong Loo Chen, Pra U
Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),304.
[6]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,300.
No comments:
Post a Comment