Ad

Sunday 13 September 2015

Menilai sumbangan tokoh Macapagal

TEMA 4
4.3.2 Sumbangan  tokoh Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Presiden Diosdado Pangan Macapagal menjadi Presiden Filipina antara tahun 1961 dan 1965.Macapagal memainkan peranan membangunkan negara mengikut cara tersendiri.Macapagal merupakan pemimpin yang lebih liberal dan memerintah mengikut dasar demokrasi negara.[1]
Filipina
Macapagal
Latar Belakang
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Beliau meninggal dunia di Makati Ciry Metro Manila pada 21 April 1997 pada umur 86 tahun Macapagal merupakan Presiden Filipina yang kesembilan (1961 - 1965) bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau dipilih oleh sebuah gabungan ahli Parti Liberal dan Parti Progresif kerana keupayaan beliau membasmi amalan rasuah.

Macapagal diberi gelaran 'Orang Terjujur' (The lnconuptable) sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam pemerintahan beliau.Tempoh sebagai Presiden tamat apabila beliau kalah kepada calon Parti Nasionalis iaitu Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Semasa pemerintahannya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah melaksanakan dasar ekonomi untuk melindungi rakyat.[2]
Pembaharuan yang dilakukan oleh Macapagal
Macapagal telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam ekonomi. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial bertujuan untuk mengembangkan ekonomi negara seterusnya.
Program politik
(a) Dalam usahanya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, Macapagal telah menerima nasihat dari penyokong-penyokongnya yang kaya supaya membiarkan mata wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melalui dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.
(b) Macapagal telah melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan rasuah dalam sektor-sektor tertentu.
(c) Pada tahun 1962, Macapagal mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4lutai (hari Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 kepada 12 Jun (hari semasa Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan dari penjajah Sepanyol pada tahun 1898).
(d) Pada dasarnya keputusan beliau ini disebabkan Amerika Syarikat enggan membayar ganti rugi ke atas kemusnahan yang dilaksanakan oleh pasukan tenteranya di Filipina semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi Macapagal telah memberi alasan bahawa tindakan beliau tersebut merupakan keputusan hukum tentang waktu yang telah ditetapkan sebelum itu.
(e) Semasa penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia, Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
(f) Kerajaan Macapagal dengan tegasnya membuat tuntutan dan mendalaara Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
(g) Thntutan ini dibuat berdasarkan perjanjian antara Sultan Iamalul Alam dengan Baron Von Overbeck pada22 Januari 1878.
(h) Baron Von Overbeck telah menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan. Syarikat perdagangan ini kemudian berjaya mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British dan pada tahun 1881, syarikat tersebut dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB diberi kuasa mentadbir Sabah sehingga Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Sejak itu Sabah menjadi Jajahan Mahkota British.[3]
Program sosial
(a) Memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam masyarakat. Program ekonomi
(a) Meningkatkan pengeluaran makanan.
(b) Menjalankan program sosioekonomi yang berani.
(c) Meningkatkan pekerjaan.
(d) Melaksanakan program reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.

Kesimpulannya,Presiden Macapagal tidak dapat melakukan beberapa dasar ekonomi kerana mendapat bantahan dan penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat dalam Parlimen Filipina. Namun demikian, pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 5.157% semasa pemerintahan Macapagal.[4]



[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),410.
[2] Ibid,411.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),411.
[4] Ibid,411.

No comments:

Post a Comment