Ad

Thursday, 17 September 2015

Kelantan enggan dabik dada


Badhri

KELANTAN enggan berasa selesa biarpun berjaya membelasah Selangor 3-0 pada aksi pertama Kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Ini kerana kejayaan itu adalah permulaan buat The Red Warriors yang akan berdepan cabaran kedua menentang Felda United di laman sendiri, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu esok.

Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi berkata, berdepan Felda bukan tugas mudah memandangkan pasukan berkenaan mempunyai ramai pemain berkualiti termasuk tonggak import.

“Berdasarkan rekod sebelum, ini kita sering berdepan tugas sukar apabila menentang Felda. Begitupun Kelantan tidak akan beri laluan mudah kepada pasukan lawan,” katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Felda pula mahu melakar kejutan ke atas Kelantan dan ia mampu diterjemahkan kerana berdasarkan rekod pertemuan The Fighters tidak pernah tewas kepada The Red Warriors pada empat pertemuan terakhir.

“Saya mahu semua pemain mengekalkan momentum kemenangan yang kita cipta ke atas Kelantan,” ujar penolong jurulatih Felda, Mohamad Nik yang menggalas tugas pengendali berikutan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menghidap demam denggi.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3m0Fa6GyH Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment