Ad

Wednesday 2 September 2015

CARA PERLUASAN KUASA ASING KE MYANMAR

OLEH-AHMAD BIN  YAAKOB
1.MELALUI PERJANJIAN
PERJANJIAN YANDABO
British telah meluaskan kekuasaannya ke Myanmar melalui perjanjian.Pada tahun 1824 Perang Inggeris-Burma I tercetus selama hampir dua tahun. Peperangan ini dimenangi oleh pihak British. Sebagai pihak yang kalah, Myanmar terpaksa menandatangani satu perjanjian yang berat sebelah. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo. Perjanjian ini ditandatangani pada 24 Februari 1826.[1] 

KESAN PERJANJIAN YANDABO 1824.
Kekalahan Myanmar dalam peperangan ini menyebabkan maruah negara tersebur tercalar.Myanmar tidak lagi digeruni oleh jirannya selepas terbunuhnya  panglima tentera Maha Bandula.

      Perjanjian Yandabo juga menyebabkan Myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam dan Manipur. British juga berjaya memperolehi wilayah yang subur dan strategik di Hilir Myanmar seperti Arakan, Tenasserim,Manipur dan Assam.

      Perjanjian ini dianggap berat sebelah oleh pihak Myanmar namun negara tersebut terpaksa akur pada penjajah British. Ini menyebabkan perasaan anti-British semakin meningkat dalam kalangan pemerintah dan rakyat Myanmar.[2] 
2.MELALUI PEPERANGAN.
Cara Peluasan Kuasa British di Myanmar (1552 -1553)
Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853)
(a) Hubungan antara British dengan Myanmar semakin tegang apabila Raja Pagan Min enggan membayar ganti rugi.
(b) Komander Lambert bertindak menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.
(c) Lord Dalhousie menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan menuntut pembayaran ganti rugi sebanyak seratus juta paun dalam tempoh sehingga 1 April 1852 tetapi Myanmar enggan membayarnya.
(d) British mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada Mei 1852 dan bermulanya Perang Inggeris-Myanmar II apabila angkatan British yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Godwin melancarkan serangan terhadap Myanmar.
(e) Wilayah demi wilayah jatuh ke tangan British. British berjaya menawan Martaban, Rangoon, Prome, dan Pegu. (f) Mejar Arthur Purves Phayre dilantik sebagai Pesuruhjaya Pegu pada 20
Disember 1852. British berjaya mengalahkan Myanmar dalam tempoh Iapan bulan sahaja. Kesan Perang Inggeris-Myanmar II (1S52 - 1853)
(a) Penaklukan Pegu penting bagi British kerana kawasan ini merupakan jalan darat ke China. Pegu juga merupakan kawasan pertanian dan membekalkan kayu jati untukkegunaan angkatan laut seperti membina kapal.
(b) British memperoleh pelabuhan seperti Rangoon, Martaban, dan Bassein. Ini bermakna Myanmar Hulu terputus dari laut dan tidak mempunyai sebarang pelabuhan. Keadaan ini pasti akan menjejaskan pembangunan ekonomi Myanmar kerana Myanmar menjadi negara
daratan terpencil dari dunia luar.
(c) Arakan, Tennaserim, dan Pegu disatukan di bawah pentadbiran seorang Ketua Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Raja Myanmar hanya berkuasa di Myanmar Hulu.
(e) Myanmar terpaksa menjalankan perdagangan dengan kawasan taklukan British.
Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
 Seperti peluasan kuasa British di Myanmar pada tahun 1852, peluasan kuasa British pada tahun 1885 juga melibatkan perang, iaitu Perang Inggeris-Myanmar III.
 British berazam menguasai seluruh Myanmar disebabkan kekayaan hasil kayu jati Myanmar manakala istana Myanmar berusaha untuk menebus maruah negara.
faktor Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
Ketidakstabilan politik Myanmar
(a) Raja Mindon Min meninggal dunia tanpa mewasiatkan penggantinya. Berlaku rampasan kuasa dalam kalangan putera-putera. Pada tahun 1878, Raja Thibaw dilantik sebagai raja Myanmar.
(b) Raja Thibaw seorang raja yang lemah dan kejam serta di bawah pengaruh isterinya, Ratu Supayalat. Pemerintahan Raja Thibaw penuh dengan kekacauan politik dan keadaan kacau-bilau kerana kerajaannya penuh dengan saudara-mara dan orang kesayangannya yang tidak berkaliber. Pegawai-pegawai yang berwibawa dan berkaliber disingkirkan.
(c) Raja Thibaw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 80 ahli keluarganya yang cuba merampas takhta kerajaan. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini menjejaskan perdagangan di Myanmar Hulu.
(d) Pemerintahan yang penuh dengan kekejaman dan huru-hara membimbangkan Residen Inggeris di Myanmar Hulu. pada bulan September 1879, seorang Residen British di Kabul, Sir Louis Cavagnari dibunuh. Pada bulan Oktober, Residensi di Mandalay dengan cepatnya
ditutup.
(e) Hubungan Inggeris-Myanmar semakin tegang apabila Raja Thibaw mengenakan monopoli diraja dalam bidang perdagangan.
EKONOMI
1.Desakan saudagar British
2.Masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma/Myanmar.
SOSIAL
1.Masalah kasut. Rujukn edaran yang telah diberikan.
CARA PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR 1885
1.Perang Inggeris-Myanmar III.
a.Perselisihan tentPerang Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
b.Perancis sokong Myanmar.
c.Dasar luar-ditentukan British
d.Kata dua British.
Kesan Perang Inggeris-Burma.
1.British menguasai seluruh Burma dan Burma menjadi jajahan British.
2.Dinasti Konbaung dan institusi beraja Myanmar berakhir, Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India.
3.Penyatuan Burma Hilir dan Burma Hulu.
4.Hluttaw dikekalkan dalam pentadbiran British tetapi kuasanya dihadkan.[3]



[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,300.    
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,301.     
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),313.  

No comments:

Post a Comment