Oleh AQMAR ALLADAD
SHAFIEN (tengah) menunjukkan
gambar suspek-suspek yang dikehendaki polis kerana mencetuskan kekecohan di
Stadium Shah Alam pada sidang akhbar di IPD Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Polis akan memburu
dan menangkap 14 penyokong selepas mencetuskan kekecohan ketika perlawanan bola
sepak antara Malaysia menentang Arab Saudi yang berlangsung di Stadium Shah
Alam di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam,
Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis juga telah mengenal pasti
kesemua identiti penyokong berkenaan termasuk dua suspek utama dari kumpulan
Ultras Malaya yang mencetuskan kekecohan semasa perlawanan bola sepak kelayakan
Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 itu.
Menurutnya, dua suspek itu
ialah Mohd. Ridzwan Ahmad, 36, dikenali sebagai Lekir selain berasal dari
Seremban, Negeri Sembilan dan Alfadli Awaludin, 33, yang digelar Rambo dari
Seksyen 18, Shah Alam.
“Bagaimanapun, masih ada dua
lagi pemimpin Ultras Selangor yang menggunakan nama Shap dan Tok Anjang disyaki
turut menjadi perancang utama insiden kekecohan itu.
“Setakat ini identiti Shap dan
Tok Anjang yang berusia antara 20 hingga 30 tahun masih dalam penyiasatan. Kami
meminta kesemua yang diburu polis tampil di mana-mana balai polis untuk memberi
keterangan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini semalam.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3lRJT99iu
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment