Ad

Saturday 12 September 2015

Darah terpercik, mayat bergelimpangan


 
PEMANDANGAN kren gergasi di sekeliling Masjidilharam dapat dilihat selepas projek pembesaran tempat ibadat itu dimulakan pada 2012.

MEKAH – Sebuah kren pembinaan bersaiz gergasi tumbang ke atas Masjidilharam di lokasi yang terletak kira-kira 100 meter dari Kaabah di kota Mekah ketika cuaca ribut Jumaat lalu, menyebabkan 107 orang terbunuh sementara 238 yang lain cedera.

Agensi pertahanan awam Arab Saudi memaklumkan melalui Twitter bahawa pasukan kecemasan telah dihantar ke tempat kejadian selepas ‘sebuah kren tumbang ke atas Masjidilharam’.

Kejadian itu berlaku ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 September ini.

Jurucakap masjid tersebut, Ahmed Mohammad al-Mansoori berkata, sebahagian daripada kren berkenaan runtuh sekitar pukul 5 petang waktu tempatan ‘disebabkan angin kuat dan hujan lebat’.

Seorang pekerja masjid tersebut, Abdel Aziz Naqoor pula memberitahu agensi berita AFP, dia nampak kren itu tumbang selepas dirempuh ribut kuat.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3lZTFZqsi Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment