08 April 2016 12:32 AM
KOTA BHARU - Prestasi tidak
menentu Kelantan semakin meresahkan penyokong mereka yang kini semakin lantang
dalam desakan mereka agar K. Devan disingkirkan daripada jawatan ketua
jurulatih.
Khairul Fahmi Che Mat
Hanya mencipta keputusan yang
‘menggemparkan’ dilihat akan dapat untuk sekurang-kurangnya meredakan tekanan
ke atas Devan, dan itulah yang menjadi matlamat beliau apabila pasukannya
berdepan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.
Devan berkata memastikan skuad
bimbingannya menjadi pasukan pertama berjaya menumbangkan JDT di Stadium Sultan
Muhammad IV adalah misinya sekarang dan untuk mencapai impian itu, beliau
meletakkan kepercayaan tinggi terhadap barisan pemain pasukan Pamoga Qu Puteh
The Red Warriors (PQPTRW).
Katanya, misi itu bukan
mustahil untuk disempurnakan kerana mereka memiliki kelebihan bermain di laman
sendiri.
Katanya, pertemuan menentang
JDT cukup penting bukan sahaja kepada seluruh pemain tetapi penyokong yang
meletakkan harapan tinggi untuk melihat Kelantan menumpaskan pasukan gergasi
bola sepak negara itu.
“Saya mahu memastikan Kelantan
menjadi pasukan pertama mengalahkan JDT musim ini. Saya harap pemain akan
bermain sepenuh jiwa dan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk
perlawanan ini.
“Kami mahu mendapatkan tiga
mata penuh esok (malam ini) dan tidak akan memberi ruang kepada JDT bermain
dengan cara mereka nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.
Sementara itu penjaga gol
Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menuntut rakan-rakan sepasukannya supaya
bermain bermati-matian dan menunjukkan disiplin tinggi dalam perlawanan yang
dianggapnya sebagai mesti menang.
“Perlawanan ini cukup penting
kepada kami, Kelantan mesti menang di tempat sendiri. Kami perlu memulihkan
kembali keyakinan dan maruah pasukan dengan mencapai kemenangan ke atas JDT,”
katanya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kelantan-bertekad-jadi-pasukan-pertama-tumbangkan-jdt-1.219098#sthash.4tl6y5Zu.dpuf
No comments:
Post a Comment