01 April 2016 12:07 AM
KUALA LUMPUR – Di sebalik keselesaan
pasukan PKNS FC yang hampir pasti melangkah ke peringkat separuh akhir Piala
FA, tiga pasukan lagi pilihan masih belum mampu menarik nafas lega apabila
mereka hanya memiliki kelebihan tipis ke atas lawan masing-masing.
Safiq Rahim
Bagaimanapun Johor Darul Ta’zim (JDT)
dan Kedah tidak dijangka akan menghadapi masalah, walaupun memiliki kelebihan
satu gol di tempat lawan, apabila masing-masing melayan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Sabah di gelanggang sendiri.
Malah, pasukan Harimau Selatan memiliki
kelebihan satu hari rehat apabila hanya akan bermain pada malam esok manakala
tiga lagi perlawanan berlangsung malam ini.
Pasukan Perak pula bakal berdepan
laluan getir apabila bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang
menentang Kuala Lumpur yang kini berada dalam prestasi cemerlang dalam kempen
Liga Perdana sebagai pendahulu.
Walaupun mereka dilihat sebagai pasukan
pilihan, ketua pasukan JDT Safiq Rahim mahu memastikan rekod bersih di Larkin
dapat dikekalkan dan mengingatkan rakan sepasukannya agar mempamerkan permainan
terbaik mereka dalam aksi suku akhir kedua nanti.
Malah pemain tengah Harimau Malaysia
itu turut berharap penyokong akan memenuhi stadium untuk memberi sokongan padu
bagi menaikkan semangat pemain-pemain Harimau Selatan dan optimis pasukannya
mampu melangkah ke peringkat separuh akhir.
“Paling utama adalah menang dan
mengekalkan rekod tanpa kalah di Larkin tetapi kejayaan itu akan hadir
sekiranya semua pemain mampu memberikan aksi 100 peratus dalam perlawanan Sabtu
ini.
“Kemenangan 1-0 dalam suku akhir
pertama bukan lagi jaminan yang selesa kerana pasukan PDRM antara pasukan yang
mampu memberi saingan sengit tetapi saya yakin kami mampu melangkah ke
peringkat separuh akhir dengan kerjasama sepasukan.
“Siapa yang menjaringkan gol tidak
penting...jika saya dapat peluang yang baik pastinya akan saya manfaatkannya,”
katanya ketika dihubungi semalam.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-yakin-di-sebalik-kelebihan-tipis-1.207087#sthash.j1HMDIvz.dpuf
No comments:
Post a Comment