ARKIB : 01/12/2007
KORAT Sayap kiri, Nor Farhan
Muhammad sah terlepas perlawanan sulung menentang Vietnam dalam Kumpulan B hari
ini gara-gara belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.
Ketiadaannya disahkan oleh
jurulatih negara, B. Sathianathan sekali gus mungkin mendorong aksi anak
buahnya pincang di bahagian tengah.
Khidmat bek tengah, Aidil
Zafuan Radzak pula terpaksa dilupakan gara-gara penggantungan dua perlawanan
dalam kelayakan Piala Dunia, lalu.
Saya akan menurunkan S.
Subramaniam di tempat kegemaran Aidil itu dan bergandingan dengan Syamsol Sabtu
sambil diapit oleh Daudsu Jamaluddin dan Sumardi Hajalan. Safiq Rahim atau
Norshahrul Idlan Talaha.
Syed Adney Syed Hussein kekal
selaku penjaga gol utama dan gandingan serangan Malaysia bakal menampilkan
Safee Sali dan Zaquan Adha Radzak, katanya pada sesi latihan petang, semalam
di stadium berkenaan menjelang perlawanan pukul 3.30 petang hari ini.
Menurut Sathianathan, ketiadaan
Aidil tetap dirasai tetapi sebagai jurulatih, dia perlu meyakini kemampuan
Subramaniam sebagai penggantinya untuk menguatkan tulang belakang Malaysia
daripada asakan pantas Vietnam, pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2005.
Vietnam menewaskan Malaysia 2-1
pada perlawanan separuh akhir di Bacolod City , dua tahun lalu sebelum skuad
bimbingan Norizan Bakar ketika itu meraih gangsa dengan menewaskan Indonesia
1-0.
Vietnam sebuah pasukan yang
berpengalaman. Mereka membariskan hampir kesemua skuad Kelayakan Olimpik malah
saya dapati antara lima hingga enam pemain daripada Sukan SEA Filipina 2005 dan
Vietnam 2003 lalu masih boleh bermain di Korat, katanya.
Sementara itu, jurulatih
Vietnam , Alfred Riedl pula menyifatkan keputusan seri sudah memadai buat
kedua-dua pasukannya walaupun masing-masing tetap mengidamkan kemenangan dan
satu permulaan yang meyakinkan.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz44cbjP7C4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment