WARTAWAN SINAR
HARIAN
8 JUN 2016
Melaka United, Mat
Zan Mat Aris
Khair (kanan)
diasak pemain Timor Leste, Diogo Santos Rangel dalam aksi di Larkin, kelmarin.
PENGENDALI Melaka
United, Mat Zan Mat Aris percaya pertahanannya, Khair Jones memiliki masa depan
cerah bersama Harimau Malaysia.
Khair yang juga
boleh beraksi di bahagian sayap kiri meledak gol peribadi pertamanya ketika
membantu Malaysia membenam Timor Leste 3-0, pada perlawanan kedua Play-off
Kelayakan Piala Asia di Larkin, kelmarin.
Ia penampilan kedua Khair dalam skuad senior
kendalian, Datuk Ong Kim Swee.
"Dia beri
tanggapan positif sepanjang tiga bulan bersama Melaka United. Walaupun masih
baharu, dia tetap tunjuk kesungguhan sama ada dalam latihan mahupun diturunkan
semasa perlawanan liga.
"Khair juga
banyak membantu pasukan. Saya tidak terperanjat dia dipanggil menyarung
jersi Harimau Malaysia kerana saya tahu
kebolehannya," kata Mat Zan.
Pada debut
pertamanya ketika aksi persahabatan menentang Myanmar, pemain kacukan New
Zealand itu mencuri tumpuan walaupun sekadar beraksi selama 12 minit selepas
menggantikan Fadzley Mazlan yang cedera.
Kata Mat Zan, jika
ramai pemain negara mempunyai karakter seperti Khair, bola sepak Malaysia mampu melangkah lebih
jauh.
“Apa pun,
perjalanan Khair masih jauh tetapi dia boleh berjaya jika terus menambah baik
prestasi permainannya,” katanya.
Sumber-sinar Harian
online 8 JUN 2016
No comments:
Post a Comment