SHAFIQ TINO
7 JUN 2016
Ong Kim Swee Ong
Kim Swee
HARIMAU Malaysia
menempah slot ke peringkat seterusnya dalam Kelayakan Piala Asia Emiratus Arab
Bersatu (UAE) 2019 selepas menang 3-0 ke atas Timur Leste dalam perlawanan
kedua play-off di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, di Johor
Bahru, malam tadi.
Skuad kendalian Ong
Kim Swee mara dengan keputusan agregat 6-0 sekali gus melayakkan mereka kembali
bersaing dalam peringkat kumpulan kejohanan berkenaan.
Pada perlawanan
berkenaan, bintang Melaka United, Khair Jones Jefri terdahulu meletakkan tuan
rumah di hadapan apabila menyempurnakan hantaran kemas Hazwan Bakri pada minit
ke-15.
Pemain kelahiran
New Zealand itu dilihat tenang meledak gol pertama Harimau Malaysia meskipun
baru merekodkan cap pertama untuk skuad kebangsaan pada perlawanan tersebut.
Babak kedua
bersambung, menyaksikan penguasaan masih di pihak Harimau Malaysia meskipun
pasukan negara dilihat berada dalam kedudukan bertahan.
Minit ke 57,
pertahanan, Azriff Nasrulhaq yang lincah melakukan gerakan dibahagian kanan
membantu pasukan negara mencipta gol kedua apabila hantaran lintangnya ditanduk
kemas Hazwan Bakri terus ke jaring gol.
Skuad negara
melengkapkan malam gemilang tersebut dengan jaringan ketiga pada minit ke 68
menerusi S.Chanturu yang melakukan 'volley' hasil daripada hantaran jauh rakan
sepasukan di JDT, S.Kunanlan.
Untuk rekod,
Malaysia akan menyertai 23 pasukan yang lain dalam saingan kelayakan tahun
hadapan. Kesemua 24 pasukan akan dibahagikan kepada enam kumpulan dengan dua
pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat akhir.
Kejohanan berkenaan
telah merekodkan 12 negara telah layak ke Piala Asia 2019 antaranya UAE sebagai
tuan rumah, Qatar, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Arab Saudi, Australia,
Uzbezkistan, Syria, Iraq, Iran, dan China.
Sumber-7 JUN 2016
No comments:
Post a Comment