Pada hari
ini dalam tahun
1965, Timbalan Perdana
Menteri, Dato’ Abdul
Razak Hussein telah
menyempurnakan perletakan batu
asas bangunan baru RIDA
(Rural Industrial Development
Authority) di Jalan
Tunku Abdul Rahman.
Bangunan yang bernilai
$ 3 juta ini bakal
dijadikan sebagai pusat
pengendalian, perancangan dan
pentadbiran. RIDA yang
kemudiannya ditukarkan nama
kepada MARA (Majlis
Amanah Rakyat ) telah
ditubuhkan oleh kerajaan
untuk membantu menjalankan
tugas dan usaha
bagi meningkatkan pendapatan
penduduk terutamanya bagi
kawasan luar bandar.
Ketika berucap pada
majlis tersebut, Datuk
Abdul Razak menyatakan
harapan agar RIDA
dapat memainkan peranan
untuk terus membantu
melatih rakyat dalam
bidang iktisad dan
perniagaan. Beliau juga
telah menggariskan tujuh tugas
penting yang akan
dikendalikan oleh bahagian-bahagian di
dalam pentadbiran RIDA
antaranya ialah bahagian
latihan dan juga
bahagian kemudahan modal
dan pinjaman. Dato’
Abdul Razak juga
telah menyeru agar usaha
secara bersama diadakan
bagi membantu rakyat
memperluaskan mata pencarian
yang sekaligus meningkatkan
pendapatan penduduk terutamanya
kaum bumiputera. Sesungguhnya,
RIDA telah menyumbang
meningkatkan kedudukan taraf
ekonomi kaum bumiputera
dalam usaha kerajaan
membangunankan negara selepas
kemerdekaan dicapai pada
31 Ogos 1957.
http://www2.arkib.gov.my/hids/
No comments:
Post a Comment