MUHAMMAD FAIZAL HASHIM | 07
Jun 2016 12:02 AM
Pemain Malaysia , Mohd. Azrif
Nasrulhaq (no. 20) dikawal ketat dua pemain pasukan Timor Leste pada perlawanan
playoff kedua kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia dengan Timor Leste
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, malam tadi. UTUSAN/MOHD.
HAZROL ZAINAL
JOHOR BAHRU 7 Jun - Harimau
Malaysia tidak berdepan tugas sukar untuk menewaskan Timor Leste 3-0 sekali gus
memastikan skuad kebangsaan menempah tiket ke saingan peringkat kumpulan
pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2019.
Kemenangan dalam aksi kedua
perlawanan playoff di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi
menyaksikan skuad kebangsaan mara ke peringkat kelayakan terakhir Piala Asia
dengan agregat 6-0.
Gol pertama Malaysia diperolehi
hasil jaringan pemain sayap Melaka United, Khair Jones yang membuat penampilan
pertamanya bersama Harimau Malaysia.
Gerakan yang diilhamkan oleh S.
Kunanlan dari sayap kanan dengan melakukan hantaran kepada Ahmad Hazwan Bakri sebelum
menolak kepada Khair yang melepaskan rembatan menerjah jaring gawang lawan pada
minit ke-15.
Malaysia menambah jaringan pada
babak kedua perlawanan menerusi Ahmad Hazwan yang menanduk masuk hantaran Mohd.
Azrif Nasrulhaq dari sayap kanan pada minit ke-57.
S. Chanturu yang dibawa masuk
menggantikan Khair pada awal babak kedua menambah derita Timor Leste apabila
meledak gol ketiga setelah menyempurnakan hantaran silang rakan sepasukan di
Johor Darul Ta'zim (JDT), Kunanlan yang gagal diselamatkan penjaga gawang Ramos
Sauzinho pada minit ke-68.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim
Swee dijangka akan bersaing di peringkat kelayakan seterusnya pada 28 Mac tahun
depan.
Selain pasukan tuan rumah,
Emeriyah Arab Bersatu (UAE), pasukan yang layak ke Piala Asia 2019 ialah Qatar,
Korea Selatan, Jepun, Iran, Iraq, Syria, Australia, Uzbekistan, Arab Saudi,
China dan wakil tunggal Asia Tenggara, Thailand. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/piala-asia-harimau-malaysia-mara-ke-pusingan-kelayakan-ketiga-1.339406#sthash.RKQUnscC.dpuf
No comments:
Post a Comment