Ad

Monday 16 October 2017

9 pemain cilik ke Manchester

ARKIB : 01/10/2007
KUALA LUMPUR – Sembilan kanak-kanak berbakat dalam bola sepak yang dicungkil menerusi program Scomi MyKids berlepas ke Manchester, semalam bagi merasai pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak bertaraf tinggi melibatkan pasukan Manchester United.
Program MyKids bertujuan mencungkil pemain-pemain berbakat kanak-kanak lelaki di bawah usia 12 tahun. Di samping itu, program berkenaan bertujuan menanamkan minat terhadap bola sepak di kalangan kanak-kanak.
Pemilihan mereka dilakukan menerusi empat ujian yang telah berlangsung di Johor Bahru, Kangar, Kuala Terengganu dan Shah Alam.
Sembilan pemain yang bertuah itu ialah Akmal Haziq Othman, Safeed Roslan, Muhammad Iddin Juraini (Johor), Mohd. Arif Farhan Md. Isa, Adam Aidil Iskandar Rosli (Kedah), Mohd. Yani Mohd. Khir Johari (Perlis), R. Dhaanushan, Hariri Jazly Ken Hanafie (Selangor) dan Muhammad Rizal Che Aziz (Terengganu).
Mereka dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Scomi, Shah Hakim Zain di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang.
Mereka akan berada di Manchester selama enam hari dan berpeluang menyaksikan perlawanan Manchester United menentang AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford, meninjau akademi kelab itu dan bertemu pemain utama kelab itu seperti Ryan Giggs dan nama-nama besar lain.

No comments:

Post a Comment