Jumaat, 27 Oktober 2017 |
4:55pm
Pemain Pahang meraikan jaringan
ketika aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur. - Foto Farizul Hafiz Awang
Pahang tampil kesebelasan
terbaik
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Hanya kesebelasan
terbaik akan diturunkan skuad Pahang bagi melayan kunjungan Perak pada aksi
terakhir Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.
Penolong jurulatih Ahmad
Shaharuddin Rosdi berkata, empat pemain import Matheus Alves, Yamil Romero,
Mohamadou Sumareh dan Heo Jae Won berkemungkinan besar turut tersenarai untuk
aksi itu.
"Selaku tuan rumah,
perlawanan penutup tirai (Liga Super) musim ini lebih kepada untuk kepuasan
penyokong setia kami... mereka pasti mahu kami menang dan itu yang kami akan
cuba lakukan.
"Saya minta semua pemain
yang disenaraikan untuk aksi (malam esok) menggunakan peluang itu untuk
mempamerkan aksi terbaik dan mengutip tiga mata," katanya.
AKSI pemain Pahang, Matheus
Alves (tengah) diasak pemain Perak, Thiago Juino De Aquino (kiri) pada saingan
suku akhir pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. baru-baru
ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
Berdasarkan pencapaian musim
ini, skuad Tok Gajah muncul naib juara Piala FA selepas tewas kepada Kedah pada
aksi final piala berprestij itu.
Bagi saingan Piala Malaysia
pula, skuad kendalian Dollah Salleh terkandas pada suku akhir selepas tewas
kepada Perak.
Shaharuddin berkata, penamat
terbaik di tangga kedua Liga Super tetap pencapaian membanggakan selepas gagal
bersaing dan hampir tersingkir ke Liga Perdana musim lalu.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
27 Oktober 2017 | 4:55pm
No comments:
Post a Comment