Abdul Muttalib mempunyai 10
orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan. Antara anak-anak lelakinya
adalah Abbas dan Hamzah.. Mereka orang yang masuk Islam di kalangan anak-anak Abdul Muttalib..Kemudian
Abu Talib, nama sebenarnya Abdul Manaf, Abu Lahab nama sebenarnya Abdul Uzza.
Mereka berdua sempat bertemu Islam , tetapi tidak masuk Islam. Abdullah ayah
Muhammad, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harith mati sebelum zaman Islam.
Anak-anak perempuan pula ialah Sofiyah, Ummu Hakim, Atikah, Umaimah, Arwa dan
Barrah.
Apabila Abdul Muttalib tawaf di Kaabah di
belakangnya diikuti oleh 10 orang anak lelaki yang gagah-gagah, dia bersyukur
kepada tuhan dan sampailah masa untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Muttalib
pergi berjumpa kahin seorang pendeta Kaabah, meminta membuat undi kepada
anak-anaknya siapa yang bakal menjadi korban. Dalam hati Abdul Muttalib dia
berharap tidak terkena kepada Abdullah. Tetapi undi terkena kepada Abdullah.
Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Muttalib nekad melaksanakan
nazarnya.[1]
Akhirnya Abdullah dibawa dekat dengan
Isaf untuk disembelih di situ. Apabila Quraisy nampak hal itu, mereka
menahannya. Tetapi, Abdul Muttalib tetap berkeras dan menyebabkan berlaku
kekecohan. Dalam kekecohan itu, berlaku tolak menolak antara Abdul Muttalib dan
Quraisy dan mneyebabkan kepala Abdullah terluka.Quraisy memujk Abdul Muttalib
supaya tidak menyembelih anaknya supaya tidak menjadi tradisi kepada Arab.
Tetapi Abdul Muttalib sudah bernazar. Akhirnya dia merujuk kepada pendeta Suku
Saad. Pendeta bertanya berapa ganti rugi kepada orang yang dibunuh bagi seorang
lelaki merdeka kepada Quraisy.Mereka berkata 10 ekor unta betina. Akhirnya
undian dibuat dan terkena kepada Abdullah, ditambah 10 ekor unta lagi.Begitulah
sampai 100 ekor unta baru undi kena pada unta.Akhirnya, “Abdul Muttalib
menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangannya Abdullah ayah
Muhammad.[2]
No comments:
Post a Comment