ARKIB : 07/11/2007
Tidak ada kewajipan yang
ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah
Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa
yang kamu sembunyikan. (al-Maidah: 99)
Huraian
Rasulullah s.a.w adalah seorang
yang paling agung. Keperibadian Baginda yang luhur, amanah serta bijaksana
diakui oleh kawan dan lawan. Allah menyatakan perkara ini di dalam al-Quran
surah Al-Araf ayat 68 yang bermaksud: Tugasku menyampaikan kepada kamu akan
perintah - perintah yang diutuskan oleh Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat
yang amanah bagi kamu.
Berdasarkan kriteria-kriteria
inilah segala apa yang disampaikan oleh Baginda diterimapakai oleh sebahagian
besar penduduk dunia sejak dahulu hingga sekarang. Ajaran Islam yang dibawa
oleh Baginda meliputi permasalahan yang bersifat rohaniah dan lahiriah agar
kesempurnaan hidup itu mencakupi luaran dan dalaman.
Manusia pula wajib beriman dan
yakin terhadap apa jua yang dibawa oleh Baginda. Bukti keimanan ialah melakukan
segala perintah Allah dan rasul serta meninggalkan segala larangan.
Tidak ada seorang pun yang
boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana Allah dengan sifat ilmu-Nya maha
mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia mahupun yang dilakukan di tempat
yang terbuka dan tersembunyi. Allah juga yang akan membalas segala amalan
manusia sama ada baik ataupun buruk.
Kesimpulan
Setiap manusia wajib beriman
terhadap suruhan dan tegahan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Amalan yang baik
ataupun buruk akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang setimpal.
* Disediakan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
sumberArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_06.htm#ixzz4voTKGQd4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment