LIONEL MESSI
- AFP
11 Oktober
2017 12:34 PM
ECUADOR 11
Okt. - Selepas berada di ambang penyingkiran tiga jaringan Lionel Messi
memastikan Argentina mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 pada hari terakhir
kelayakan bagi zon Amerika Selatan.
Kejayaan itu
sekali gus menyelamatkan Albiceleste daripada terlepas menyertai kejohanan
berprestij itu buat kali pertama sejak 1970.
Juara dunia
dua kali itu merupakan naib juara di Brazil tiga tahun lalu, jaringan hatrik
Messi memastikan Argentina menang 3-1 ke atas Ecuador yang mana pasukan tuan
rumah terlebih dahulu berada di depan seawal minit pertama permainan menerusi
jaringan Romario Ibarra.
“Saya
memberitahu kepada pasukan bahawa Messi tidak hutang Argentina tiket ke Piala
Dunia namun bola sepak berhutang kepadanya. Argentina mengorak satu langkah di
mana kami layak ke kejohanan kompetitif itu.
“Meskipun
ketinggalan satu gol anda boleh nampak pasukan ini tahu apa yang perlu
dilakukan. Saya tidak berjanji apa-apa. Kita bernasib baik kerana pemain
terbaik di dunia berasal dari Argentina,” kata Jorge Sampaoli yang merupakan
jurulatih ketiga Argentina sepanjang kempen kelayakan. - AGENSI
sumberArtikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/argentina-boleh-tidur-lena-1.536495#ixzz4vBe6S4Hv
© Utusan
Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment