ARKIB : 20/07/2007
INGATLAH ketika Allah berfirman
kepada para malaikat. Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semua,
kecuali Iblis, dia enggan dan sombong, maka dia adalah termasuk golongan yang
kafir. (al-Baqarah: 34)
SEKETIKA Adam telah dijadikan
oleh Allah, maka datanglah perintah kepada sekalian malaikat supaya sujud
menghormati Adam. Kesemua mereka sujud kecuali iblis yang sombong itu. Iblis
berasa dirinya lebih mulia daripada Adam kerana dijadikan daripada api
sedangkan Adam dijadikan daripada tanah.
Iblis tidak mahu tunduk dan
sujud kepada Adam, Allah lalu bertanya kepada iblis: Bukankah engkau juga
makhluk ciptaan-Ku, yang juga harus tunduk dan menjalankan perintah-Ku, tetapi
kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana
Aku perintahkan?
Engkau ciptakan aku daripada
api dan Adam daripada tanah. Ini bererti aku lebih mulia daripada Adam. Maka
tidak sepatutnya aku sujud dan hormat kepadanya, jawab iblis.
Keangkuhan iblis dengan asal
usulnya menjadikan ia sombong dan berasa tinggi diri untuk sujud menghormati
Adan sebagaimana malaikat yang lain, walaupun diperintahkan oleh Allah.
Mendengar kata-kata iblis itu,
Allah menjadi marah lalu berkata kepada iblis bahawa syurga bukan tempat orang
yang menyanggah suruhan Allah.
Kerana kesombongan, kebongkakan
dan pembangkangan itu, Allah mengusir iblis dari syurga dan mengeluarkan dari
barisan malaikat.
Allah mengutuk dan melaknat
iblis sehingga ke hari kiamat. Di samping itu, iblis juga akan dimasukkan
sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan bongkaknya menerima
baik hukuman daripada Allah itu. Iblis memohon agar Allah memberi kesempatan
untuknya kekal hidup sehingga ke hari kiamat. Allah memperkenankan
permohonannya dan ajal iblis ditangguhkan sampai ke hari kebangkitan.
Iblis berazam untuk menyesatkan
anak cucu Nabi Adam. Iblis mahu supaya mereka lalai daripada beriman dan taat
kepada perintah Allah.
* Petikan daripada buku Untaian
366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel:
edusb@streamyx. com.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4uXX3MBk2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment